Judul : PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin
link : PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin
PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: PAS membidas kenyataan Amanah bahawa parti itu akan berpecah tidak lama lagi ekoran hubungan baik dengan Umno.
Sebaliknya menurut, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki parti itu kini semakin utuh selepas bekas pemimpin bermasalah keluar meninggalkan PAS sehingga menubuhkan parti baru, Amanah.
"PAS (kini) menjadi utuh disebabkan golongan yang bermasalah sudah keluar dari PAS menyertai PAN (Amanah) dan PKR.
"Golongan yang bermasalah ini tidak memahami dasar dan matlamat Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebaliknya hanya bermatlamat untuk menjatuhkan Umno.
"Bagi mereka sesiapa sahaja boleh mendominasikan pemerintahan negara terutama DAP, sedang menurut Islam kezaliman yang paling besar ialah syirik dan kafir," katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos melalui aplikasi Whats App.
Hari ini memetik laporan sebuah akhbar, menurut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mendakwa PAS mula menampakkan perpecahan apabila tidak lagi menganggap Umno sebagai musuh mereka.
Sekaligus beliau berani menyatakan PAS akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang.
Tegas Zuhdi lagi, tuduhan Salahuddin ini cuba mengalihkan perhatian umum terhadap perpecahan yang semakin ketara dalam Amanah.
Jelasnya melihat kepada perkembangan Amanah yang terpaksa bersaing sesama pemimpin dalam parti untuk merebut jawatan.
"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN (Amanah), iaitu kumpulan Haji Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada IKRAM (sebuah NGO Islam).
"Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN (Amanah) akan membuat pemilihan pimpinan-pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui Muktamar atau Mesyuarat Agung," katanya.
Malah katanya, hubungan sesama pemimpin parti dan ahli kini berada dalam situasi yang paling solid disebabkan benar-benar memahami dasar dan matlamat parti.
Demikianlah Artikel PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin
Sekianlah artikel PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS makin kukuh, bukan berpecah, kata Zuhdi kepada Salahuddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/pas-makin-kukuh-bukan-berpecah-kata.html