Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat

Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat
link : Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat

Baca juga


Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat


 
Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT


Cadangan meroboh Stadium Darul Aman yang mempunyai banyak nostalgia kepada peminat sukan di Kedah merupakan kegemparan kepada negeri ini. Banyak keraguan timbul sejauh mana ia menjadi perancangan negeri.

Tetapi tidak pelik jika kita mengenali tabiat perancang Kerajaan BN yang sejak dahulu sentiasa melaksanakan pembangunan populis dan 'extravaganza', bukan untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat terutamanya hampir dengan pilihan raya.

Lihat Jambatan Pulau Bunting Yan, Stadium Akuatik Gunung Keriang, Marina Kuala Kedah, Kampung Tradisi Paya Pahlawan, projek tanam padi atas bumbung, kawasan komersil di Stargate dan banyak projek lain yang sakit, semuanya terbiar berhantu.

Bahkan sering kali juga ia dijadikan kesempatan dan projek poket pihak kroni mereka mengaut laba bagi kepentingan diri. Malah, tidak mustahil ia bermotif umpan pilihan raya yang bakal berlaku tidak lama lagi.

BN terus dengan usaha 'menggula-gulakan' rakyat, sedangkan banyak janji terdahulu tidak tertunai sedikitpun. Contohnya litar lumba motosikal yang telah diulang-ulang sebut dan termasuk dalam manifesto mereka PRU13 yang lalu.

Dalam mengurus kewangan, Islam mengajar dan mendidik kita agar berbelanja ikut keutamaan (al-aulawiyyat), iaitu antara perkara yang menjadi dhururiyyat; keperluan mendesak atau hanya berbentuk kehendak (al-hajiyat) atau memenuhi keselesaan (al-tahsiniyat).

Sejauh mana kajian dan penelitian telah dibuat? Apakah ia tidak akan memberi implikasi bebanan kewangan? Lagipun, ia bukan keperluan mendesak berbanding keutamaan lain yang lebih banyak.

Naik taraf adalah pilihan yang lebih baik dan pasti menjimatkan. Lagipun, Kedah belum bersungguh-sungguh membangunkan aspek manusia dalam sukan, tiba-tiba mahu bina prasarana melebihi keperluan. Lebih baik diperbanyakkan prasarana dan aktiviti sukan di peringkat daerah atau komuniti dahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah jangan mengulangi kegopohan dan kesilapan lalu, termasuk beberapa keputusan mutakhir ini untuk menukar ambil beberapa aset penting negeri yang akhirnya terpaksa 'U-Turn'.

* USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT,  Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah



Demikianlah Artikel Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat

Sekianlah artikel Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Stadium baharu: Utamakan keperluan rakyat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/stadium-baharu-utamakan-keperluan-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :