Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng

Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng
link : Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng

Baca juga


Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil membidas tindakan empat wakil rakyat parti itu yang keluar parti semalam. 
 
Dengan sinis, ujar Guan Eng, tindakan berkenaan adalah 'hadiah' buat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang walaupun parti pemerintah itu dilingkari pelbagai isu.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, tindakan keluar parti itu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana salah seorang daripadanya, Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dipilih secara peribadi oleh Lim Kit Siang untuk bertanding pada pilihan raya umum 1986.
 
"Beliau (Sim) sekali lagi diselamatkan oleh Kit Siang daripada dibuang DAP selepas Sim bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 2013 menentang calon DAP di kerusi DUN Kota Laksamana," kata Lim dalam kenyataan.
 
Katanya, parti boleh sahaja mengambil tindakan disiplin terhadap Sim namun parti memilih untuk tidak melakukannya kerana percaya Sim masih setia kepada parti dan rakyat.
 
"Malah semasa pengkhianatan ke atas parti dalam pilihan raya 2013, Sim menyebut bahawa 'beliau hidup sebagai DAP dan akan mati sebagai ahli DAP, fakta itu tidak akan berubah'."
 
"Jelas sekali bahawa Sim telah melanggar ikrar beliau bukan sahaja kepada parti malah turut ke atas rakyat yang menyokong DAP," tambah Lim.
 
Semalam, empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti selepas mempertimbangkan keputusan itu secara wajar.
 
Tindakan keempat-empat mereka itu ekoran mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asalnya.
 
Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
 
 


Demikianlah Artikel Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng

Sekianlah artikel Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan keluar DAP 'hadiah' kepada BN - Guan Eng dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/tindakan-keluar-dap-hadiah-kepada-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :