Judul : Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
link : Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
BERNAMAPAS menutup pintu rundingannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan semalam.
"...kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun memang jelas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Semalam, Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai pertemuan dengan PPBM sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.
"Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul lagi. Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu...itu sahaja. Tapi belum sampai ke peringkat serius dan muktamad.
"Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah selagi PPBM tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh runding. Bila dia (PPBM) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi putuslah (hubungan)," katanya.
Demikianlah Artikel Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
Sekianlah artikel Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/akhirnya-pas-tutup-pintu-rundingan.html