Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor

Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor
link : Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor

Baca juga


Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terpulang kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk melantik Amanah menggantikan tempat PAS dalam kerajaan negeri atau tidak, ujar Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan PAS Selangor bahawa Amanah akan menggantikan tempatnya, jika sah partinya memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.
 
"Bagi Amanah, kita selama ini pun tidaklah membuat tuntutan yang berlebihan. Kita pulangkan kepada kebijaksanaan Selangor.
 
"Kalau PAS sudah memutuskan dalam resolusinya pada Muktamar bahawa putus, maka tidak ada maknanya kehadiran mereka dalam kerajaan Selangor, sama ada sebagai Exco, Ahli Majlis, Penghulu, Ketua Kampung dan semua jawatan lantikan politik oleh kerajaan negeri, mereka mesti meletakkan jawatan.
 
"Soal penggantinya, soal lain," kata beliau ketika dihubungi Antarapos. 
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini berkata beliau tidak bimbang kehilangan jawatan Exco, tetapi lebih bimbang jika peranan PAS di Selangor diambil alih oleh Amanah.
 
Ia berikutan semakin banyak PAS peringkat kawasan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.
 
Selangor pada ketika ini ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat (PR) antara PAS, PKR dan DAP yang menang sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
 
Mohd Anuar kemudiannya menambah, Amanah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab sekiranya diminta menggantikan PAS.
 
"Amanah bersedia sekalipun di peringkat nasional, apalah (jika dibandingkan) dengan negeri. Kalau kita nantinya ditakdirkan membentuk kerajaan baru, Amanah sudah tentu akan berada dalam kabinet menurut kemampuan yang ada pada kita. Di peringkat negeri, lagilah kita bersedia," ujar beliau.
  
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan ketika dihubungi Antarapos yakin partinya sudah bersedia jika diminta menggalas tanggungjawab menggantikan PAS di Selangor.
 
"Ya kita mengikuti rapat, dan kita sebutkan dalam ucapan kita, saya sendiri dalam ucapan penggulungan semasa Konvensyen Amanah pada Disember lalu, kita sebut bahawa kewujudan Amanah adalah untuk kita menggantikan PAS, maksudnya mana-mana kerusi PAS bertanding, Amanah akan letak calon. 
 
"Kita memang sudah bersiap siaga dengan apa jua perkembangan politik dalam negara khususnya negeri Selangor," kata beliau.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor

Sekianlah artikel Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah sedia jika diminta ambil alih tempat PAS di Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/amanah-sedia-jika-diminta-ambil-alih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :