- Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sidang media membantah rancangan pembangunan pangsapuri tinggi yang dipimpin Teresa Kok, di kawasan parlimennya di Seputeh kecoh selepas dihalang pihak yang mendakwa kumpulan berkenaan tidak sensitif dengan majlis kahwin yang sedang berlangsung.
 
Teresa mendakwa pembangunan yang sepatutnya dijalankan di kawasan itu adalah pusat komuniti.
 
Dimaklumkan sidang media itu diadakan di luar pejabat Umno Seputeh dimana majlis kahwin tersebut dilangsungkan di dalam bangunan berkenaan.
 
Berang dengan kehadiran kumpulan tersebut yang didakwa mengganggu majlis, seorang lelaki yang memakai baju biru meminta kesemua mereka membuat sidang akhbar di tempat lain.
 
“Hormat kami! Pergi buat sidang akhbar tempat lain. Apa awak rasa kalau orang berkumpul luar rumah awak?," demikian memetik kata-kata lelaki itu.
 
Lelaki berkenaan turut mendakwa 'ini tempat Umno' sehingga berlakunya jawab-balas antara dirinya dan beberapa ahli kumpulan berkenaan yang menegaskan kawasan yang digunakan mereka itu sebagai tempat awam.
 
Kumpulan yang membantah projek pembangunan pangsapuri tinggi di kawasan tersebut membawa beberapa plakad yang bertulis “Rakyat Malaysia tak nak TPPA” dan satu lagi ditulis “Wahai DBKL! Bersama melestarikan Kuala Lumpur – Penduduk Desa”.
 
Keadaan kembali reda apabila pengurus perkahwinan itu memaklumkan kehadiran mereka mengganggu perjalanan majlis.
 
Manakala Teresa bersetuju mengadakan sidang akhbarnya dengan cepat.
 
“Anda lihat apa jenis penindasan yang berlaku di sini.
 
“Tempat ini sepatutnya jadi pusat komuniti, tapi sekarang ia pejabat Umno Seputeh dan DBKL hendak merobohkannya dan membina kondominium,” katanya kepada wartawan.
 
Dikatakan penduduk membantah kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju Era Ecoland Sdn Bhd untuk membangunkan 323 unit rumah mampu milik.
 
 


Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/antarapos.html

Subscribe to receive free email updates: