Judul : Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE
link : Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE
Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE
THE MALAYSIAN TIMESSHAH ALAM: Seorang pemandu kontena maut dengan badannya terputus dua apabila lorinya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori lagi di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, separuh badan mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu kontena itu manakala separuh lagi ditemukan di sebuah lori lain yang membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG).
Menurutnya lori ketiga pula membawa muatan cecair kimia jenis Toluene (UN1294).
“Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana lori mangsa terbakar dan turut berlaku kebocoran pada tangki yang bermuatan cecair kimia.
“Pasukan Hazmat kini menjalankan operasi bagi mengawal tumpahan bahan kimia berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata dua lagi pemandu lori lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan. Kesemua lori terbabit sedang menuju ke Pulau Indah di Pelabuhan Klang, katanya. — Bernama
Demikianlah Artikel Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE
Sekianlah artikel Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Badan pemandu kontena terputus dua dalam kemalangan di SKVE dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/badan-pemandu-kontena-terputus-dua.html