Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M

Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M
link : Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M

Baca juga


Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M

SINAR HARIAN

Datuk Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani
 
KUALA LUMPUR - Semua individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 dan isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini.

Justeru itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan yang kini tular di laman sosial kononnya pemohon yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak mendapat bantuan itu.

"Sesiapa yang mendaftar BR1M, tak kira ada SMM ke tiada SSM, sepatutnya dapat bantuan ini kalau pendapatan di bawah RM4,000.

"Saya beri jaminan bahawa isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 dan individu bujang yang bergaji RM2,000 ke bawah akan dapat BR1M... kalau siapa tak dapat, saya nak tahu," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Johari berkata kebanyakan permohonan yang ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon menyertakan salinan slip bayaran gaji atau penyata bank kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya beliau telah memaklumkan kepada pihak LHDN supaya tidak menyukarkan urusan permohonan bantuan itu.

"Mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM4,000 perlu dibantu. SSM memang untuk menggalakkan masyarakat berniaga, cuma pemohon BR1M perlu sertakan sekali slip bayaran gaji dan atau penyata bank.

"Kalau dua-dua itu tak ada, mereka perlu beri salinan buku akaun simpanan," katanya.

Johari menjelaskan dokumen itu perlu disertakan bagi mengelak permohonan bantuan itu dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Sebelum ini saya difahamkan oleh pihak LHDN, setelah diperiksa didapati ramai penerima BR1M sebenarnya memperoleh pendapatan hasil perniagaan yang banyak, ada yang berpendapatan sehingga RM9,000 sebulan," katanya.

LHDN turut mengedar risalah kepada pemohon supaya menyertakan bersama slip bayaran gaji, penyata bank atau salinan buku akaun simpanan ketika membuat permohonan itu. - Bernama




Demikianlah Artikel Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M

Sekianlah artikel Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daftar SSM, pendapatan bawah RM4,000 layak dapat BR1M dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/daftar-ssm-pendapatan-bawah-rm4000.html

Subscribe to receive free email updates: