Judul : Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti
link : Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti
Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng 'tidak percaya' lebih 180 ahli di Melaka bertindak keluar parti semalam.
"Ada 182 ke? DAP ada 150,000 ahli. Kami menilai dan menghargai kesemua ahli-ahli kami.
"Daripada 150,000 ahli yang saya nampak dalam gambar hanya 20 orang sahaja.
"Tetapi yang 20 orang yang dilaporkan di media Barisan Nasional (BN) mungkin boleh jadi sehingga 182 orang," katanya ketika ditemui pemberita, pagi tadi di Dewan Rakyat.
Reaksi tersebut merujuk kepada tamparan terbaru DAP apabila 182 ahli akar umbinya di Melaka bertindak keluar parti selepas tidak lagi percaya kepada kepimpinan tertinggi parti berkenaan.
Tindakan itu menyusul selepas empt wakil rakyatnya mengumumkan tindakan yang sama pada bulan lalu.
Bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang berkata semua yang keluar parti semalam merasakan perjuangan 'Malaysian Malaysia' menyimpang daripada prinsip asal.
Menolak alasan sebegitu, Guan Eng yang ditemui di lobi Parlimen berkata tindakan 182 ahli partinya itu berikutan gagal dalam pemilihan parti.
"Tidak apa, yang penting kita menghargai semua ahli DAP. Mereka mungkin rasa hampa selepas kalah dalam pemilihan parti.
"Saya harap mereka terus dalam DAP, dalam pilihan raya kalah atau menang itu perkara biasa. Mana tahu dalam pemilihan parti akan datang mereka akan menang. Namun jika mereka terus dengan keputusan (keluar parti) saya ucapkan terima kasih atas sumbangan mereka," katanya lagi.
Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.
Liou juga mengkritik DAP kerana "menjual maruah Cina" demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.
Demikianlah Artikel Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti
Sekianlah artikel Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guan Eng 'tak percaya' lebih 180 ahli DAP keluar parti dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/guan-eng-tak-percaya-lebih-180-ahli-dap.html