Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri

Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri
link : Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri

Baca juga


Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri

Mahfuz Omar
 Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Najib Tun Razak diminta berlapang dada dan tidak melarang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membuktikan keberaniannya berdepan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib sebaliknya perlu memberikan restu kepada Nazri untuk mewakili kerajaan bagi sesi dialog dengan Mahathir.

"Nazri telah menyatakan yang beliau menyahut cabaran berdebat dengan Mahathir kerana mahu membela Najib, Umno dan kerajaan maka apa saja soalan yang dijawab Nazri, ia adalah bagi pihak Umno dan kerajaan serta tetap akan membayangkan pendirian kerajaan dalam isu 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nazri sah akan hadir debat di Padang Rengas]

"Najib tidak perlu keberatan atau menghalang Nazri daripada mengadakan debat itu, walaupun mungkin tajuk yang dipersetujui berkaitan secara langsung dengan Umno atau kerajaan BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama menegah mana-mana  pemimpin Umno daripada terus mengeluarkan kenyataan yang kehadiran Mohamed Nazri pada sesi dialog nanti bukan sebagai wakil kerajaan dan Umno.

"Beliau sebaliknya adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang dilantik oleh Najib dan beliau merupakan menteri kanan dalam kabinet Najib," katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Mohamed Nazri yang berani menyahut cabaran dialog dengan Mahathir.

"Keberanian Nazri tidak ada pada pimpinan Umno dan anggota kerajaan yang lain.

"Debat ini diharap akan menjadi budaya baru politik Malaysia antara kerajaan dan pembangkang," katanya lagi.

Dialog Mahathir dan Nazri dijadualkan pada 25 Mac ini bermula jam 3.00 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Padang Rengas.



Demikianlah Artikel Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri

Sekianlah artikel Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harap PM berlapang dada, tidak larang Nazri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/harap-pm-berlapang-dada-tidak-larang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :