IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam

IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam
link : IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam

Baca juga


IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam

ANTARAPOS.COM
Post Pic
  
KUALA LUMPUR: Polis tidak akan menyiasat rakaman video seorang lelaki yang mendakwa anak kepada lelaki warga Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata video berdurasi 40 saat itu telah diteliti oleh pihaknya selepas ia menjadi tular di laman sosial, berita portal tempatan dan antarabangsa sejak semalam dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan siasatan.
"Tak perlulah siasat video itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, sebuah rakaman video dimuat naik ke laman Youtube dengan memaparkan seorang lelaki yang menunjukkan pasport diplomatik Korea Utara bagi membuktikan beliau adalah Kim Han-sol dan mendakwa bapanya Kim Jong-nam dibunuh.
Bagaimanapun, muka surat yang menunjukkan maklumat pasport itu secara terperinci telah ditutup secara digital.
Kematian Kim Chol dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.
Difahamkan, rakaman video itu dirakam beberapa hari selepas Kim Chol dibunuh dan dimuat naik oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertahanan Awam Cheollima (CCD) ke laman Youtube.
Kumpulan itu mendakwa telah menyelamatkan beberapa orang anggota keluarga Jong-nam dan mereka berada di bawah perlindungan di satu lokasi yang tidak dimaklumkan.
Jurucakap Perkhidmatan Risikan Nasional Korea Selatan mengesahkan lelaki dalam video itu adalah Han-sol namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Han-sol, 21, dipercayai seorang graduan Universiti Sciences Po di Paris yang hidup dalam buangan dengan ibu bapanya.- Bernama


Demikianlah Artikel IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam

Sekianlah artikel IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IGP: Tak perlu siasat video lelaki dakwa anak Jong-nam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/igp-tak-perlu-siasat-video-lelaki-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates: