Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini

Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini
link : Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini

Baca juga


Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini

ASTRO AWANI

Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini
KHALID: Polis akan pastikan mereka mendapat rawatan sebelum menyerahkan mereka kepada keluarga.
 
 
KUALA LUMPUR: Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan perkara itu namun enggan mendedahkan masa mereka tiba.

Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, dilaporkan berada di Manila, Filipina semalam bersama pihak berkuasa negara itu.
 
Khamis lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata sejurus tiba, kedua-dua mereka akan diberikan rawatan bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mereka.

"Difahamkan mereka tidak sihat dan polis akan pastikan mereka mendapat rawatan sebelum menyerahkan mereka kepada keluarga.

"Namun kita akan berbincang dan merujuk kepada pihak berwajib sebelum membuat apa-apa tindakan," katanya.

Tayudin dan Abdul Rahim merupakan kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lepas.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.-- BERNAMA
 
 


Demikianlah Artikel Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini

Sekianlah artikel Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes culik Sabah: Dua rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA malam ini dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/kes-culik-sabah-dua-rakyat-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :