PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR

PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR
link : PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR

Baca juga


PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR

ANTARAPOS.COM
Post Pic


ALOR STAR: Selepas Pulau Pinang, Terengganu, kini PAS kawasan Kedah pula dilapor meluluskan usul mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan ini akan dibawa pada muktamar PAS di negeri itu hujung bulan depan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama PAS kawasan yang berbuat demikian lapor Utusan Malaysia.

“Setakat ini 11 daripada 15 PAS kawasan di negeri ini sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan sementara empat lagi akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat.

“Ada beberapa PAS kawasan yang membahaskan usul mengenai tahaluf siyasi bersama PKR dan perkara itu diluluskan untuk dibawa kepada jawatankuasa penapis usul di peringkat PAS Pusat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, PAS kawasan Baling juga meluluskan usul tersebut secara sebulat suara.

Semalam empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan,
sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Sementara itu di Pulau Pinang, 12 daripada 13 kawasan PAS turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan parti itu.

Hubungan antara PAS dan PKR menjadi tegang berikutan PKR mengambil keputusan menjalinkan kerjasama dengan Parti Amanah Negara, DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang



Demikianlah Artikel PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR

Sekianlah artikel PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/pas-kedah-turut-kaji-hubungan-dengan-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :