Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia

Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia
link : Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia

Baca juga


Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia

Ismail Amsyar Mohd Said, Bernama  



Ketika kerajaan Malaysia dan Korea Utara cuba menyelesaikan isu ketegangan hubungan diplomatik, tumpuan kini terarah kepada kehadiran lebih 1,000 rakyat republik itu di Malaysia.

Pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam yang menggunakan nama “Kim Chol” di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) telah menimbulkan minat banyak pihak terhadap operasi risikan Pyongyang di Malaysia.

Berselindung di sebalik kerjaya dalam pelbagai bidang, sumber memberitahu Bernama, kehadiran rakyat Korea Utara di negara ini dirancang bagi membentuk rangkaian risikan yang teratur.

Maka tidak sukar untuk memahami mengapa kebanyakan warga Korea Utara terdiri daripada pakar teknologi maklumat (IT) berselindung kerjaya di syarikat-syarikat tempatan di Cyberjaya - untuk memudahkan mereka mengumpul maklumat dan data secara dalaman.

"Mereka ini bukanlah orang sembarangan kerana telah terlebih dahulu dilatih khas sebelum dipilih oleh pihak rejim untuk bekerja di luar negara.

"Kehadiran mereka di Malaysia sambil ditaja syarikat tempatan bukan setakat untuk bekerja tetapi juga menjadi perisik terlatih," kata sumber.

Kumpulan itu juga adalah sebahagian daripada kira-kira 100,000 warga Korea Utara bekerja di luar negara dan menjadi sumber berharga apabila turut mengirim mata wang asing daripada usaha mereka kepada rejim itu.

Malahan dikatakan setiap keluarga Korea Utara di luar negara tertakluk kepada arahan untuk melaporkan diri ke kedutaan setiap bulan, dan jika pulang ke negara asal pula, mereka akan dikerah mengikuti 'kursus pemulihan" sebelum kembali ke dalam masyarakat.

Guna kelebihan diplomatik

Difahamkan selain bidang IT, rakyat Korea Utara juga aktif bekerja dalam bidang perlombongan arang batu di Sarawak selain menjadi rakan kongsi dengan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan.

"Mereka cuba untuk mengeksport barangan Malaysia ke Korea Utara dan juga sebaliknya walaupun tahu ramai pihak menyedari negara mereka dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.
Menurut sumber, menjadi lumrah majikan membayar terus gaji para pekerja itu kepada kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, manakala pekerja asing itu hanya dibayar elaun sara hidup.

"Pihak kedutaan kebiasaannya membawa wang keluar dari Malaysia dalam bentuk tunai kerana mereka tidak boleh membuat transaksi dalam talian berikutan sekatan oleh PBB ke atas Pyongyang.

"Mereka akan membawa beg mengandungi wang melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang menggunakan keistimewaan diplomatik," katanya merujuk kepada tiada tindakan halangan pihak berkuasa lapangan terbang.

Sumber itu juga bertanya mengapa lebih ramai warga Korea Utara bekerja di dalam sektor IT berbanding sektor lain dan bagaimana republik itu mampu melahirkan pakar-pakar IT yang ramai?

Sumber itu berkata jawapannya terdapat di sebuah portal berita HackRead, beroperasi di Milan, Itali, apabila mendedahkan bahawa wujud satu unit khas berkaitan infrastruktur IT milik rejim Korea Utara yang dikenali sebagai Bureau 121 - yang menempatkan sebuah kumpulan elit terdiri daripada penggodam terlatih untuk melaksanakan tugas pengintipan siber dan jenayah siber.

Melayari portal berita itu, Bernama menemui siri temu bual portal berita itu bersama Prof Kim Heung Kwang, warga Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan pada 2004.

Berdasarkan petikan, Kim mengaku pernah mengajar subjek Sains Komputer di Korea Utara selama 20 tahun kepada kumpulan elit itu dan tidak hairanlah mengapa kumpulan Bureau 121 sahaja dibenarkan mempunyai akses internet atau meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, ejen risikan yang bergerak aktif itu tidak dapat lari daripada pemerhatian pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Semua perkhidmatan risikan di rantau ini menyedari perkara ini dan sepanjang masa operasi rahsia bagi memantau aktiviti Korea Utara giat dibuat,” katanya.- Bernama




Demikianlah Artikel Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia

Sekianlah artikel Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rangkaian operasi risikan Pyongyang aktif di Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/rangkaian-operasi-risikan-pyongyang.html

Subscribe to receive free email updates: