Judul : [VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...
link : [VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...
[VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...
RUU355: Presiden Pas wajar letak jawatan secara en bloc, kata Husam
Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.
"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.
Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.
"(Datuk Seri) Hadi (Awang) tidak boleh lari dari tanggungjawab kerosakan ini dan beliau bersama-sama jawatankuasa Pas pusat perlu meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti," katanya.
Percubaan Hadi membawa usul persendirian dalam perkara ini bertentangan dengan semua amalan mengikut lunas-lunas demokrasi di negara ini.
"Dalam Pas perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.
"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.
Husam turut menamakan dua orang menteri BN yang memperdayakan Pas dan umat Islam kononnya pindaan ini akan disokong oleh Umno.
"Datuk Jamil Khir Bahrom dan Datuk Ashraf Wajdi Dasuki juga perlu bertanggungjawab atas penipuan mereka.
"Mereka berdua dilihat begitu kuat menjanjikan untuk menyokong usul ahli parlimen Marang sedangkan dari pihak Umno tidak ada sebarang komitmen," katanya.
Pada majlis itu Datuk Husam, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan pimpinan Amanah negeri dan kawasan Kota Bharu menyaksikan upacara menaikkan bendera Amanah.
Upacara itu diadakan di hadapan sebuah bangunan yang dulunya digunakan sebagai pusat operasi Pas di kawasan itu.
Sebelum ini Wan Rahim, dalam satu majlis di Bunut Payung, mengumumkan Husam sebagai bakal calon Amanah di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia kemudiannya disahkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.
ULASAN GB
PAS terus ditimpa kehinaan lantaran kebodohannya mempercayai UMNO, sehinggakan dikencingkan beberapa kali oleh UMNO.
Strategi UMNO menggunakan hudud/RUU 355 betul-betul memberikan laba untuknya. Pakatan Rakyat hancur binasa lantarannya apabila UMNO berjaya menjauhkan dan terus dapat memisahkan PAS dari PH.
Tetapi PAS masih ego. Tak mahu mengaku salah jauh sekali untuk mengaku kalah sekalipun maruahnya sudah tercampak ke tong najis.
Orang yang kerap ditipu tidak boleh memimpin jemaah dan ummah kerana jemaah dan ummah akan jadi rosak binasa lantaran kebodohan dan kebebalannya.
Di dalam Al-Quran beberapa kali manusia ditegur oleh Allah ... afala taqqiluuun... afala tatafakkarun ... apakah kamu tidak menggunakan aqal... apakah kamu tidak berfikir...
Maka adalah benar dan tepat gesaan Dato Husam supaya Presiden dan AJK PAS Pusat perlu meletakkan jawatan secara enbloc demi maruah Islam.
Tetapi kita percaya mereka tidak akan melakukannya kerana pemimpin PAS yang ada hari ini adalah mereka yang berkepentingan duniawi dan gila jawatan.
Dengan sebab sifat itulah maka mereka sanggup mengatur pelan menyingkirkan golongan professional dari PAS pada muktamar mereka yang lalu dan bukti paling nyata di Selangor, mereka enggap untuk melepaskan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR sedangkan PAS di sana-sini telah mengusulkan putus hubungan dengan PKR.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS telah memutuskan silatur-rahim dengan banyak pihak dan akan terus dilaknat oleh Allah swt sepertimana firmanNya
“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
FEATURED ADS




Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.
"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.
Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.
"(Datuk Seri) Hadi (Awang) tidak boleh lari dari tanggungjawab kerosakan ini dan beliau bersama-sama jawatankuasa Pas pusat perlu meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti," katanya.
Percubaan Hadi membawa usul persendirian dalam perkara ini bertentangan dengan semua amalan mengikut lunas-lunas demokrasi di negara ini.
"Dalam Pas perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.
"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.
Husam turut menamakan dua orang menteri BN yang memperdayakan Pas dan umat Islam kononnya pindaan ini akan disokong oleh Umno.
"Datuk Jamil Khir Bahrom dan Datuk Ashraf Wajdi Dasuki juga perlu bertanggungjawab atas penipuan mereka.
"Mereka berdua dilihat begitu kuat menjanjikan untuk menyokong usul ahli parlimen Marang sedangkan dari pihak Umno tidak ada sebarang komitmen," katanya.
Pada majlis itu Datuk Husam, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan pimpinan Amanah negeri dan kawasan Kota Bharu menyaksikan upacara menaikkan bendera Amanah.
Upacara itu diadakan di hadapan sebuah bangunan yang dulunya digunakan sebagai pusat operasi Pas di kawasan itu.
Sebelum ini Wan Rahim, dalam satu majlis di Bunut Payung, mengumumkan Husam sebagai bakal calon Amanah di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia kemudiannya disahkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.
Amanah: Kini PAS perlu jawab bagaimana ia dipermainkan Umno
Kepimpinan PAS berada dalam masalah yang besar lantaran keputusan salah dalam percaturan rang undang-undang pindaan syariah, menyebabkan mereka kini perlu menjelaskan bagaimana PAS “dipermainkan” Umno.
Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa percaya akar umbi PAS serta penyokong mereka marah melihat perkembangan terkini yang menyaksikan mereka kembali ke garis permulaan.
Amanah mengulas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, mengumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan usul Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Pengerusi BN berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan prinsip konsensus yang mereka amalkan.
“Akar umbi PAS pasti marah. Mereka sangat agresif apabila usul Hadi dibentangkan di Dewan Rakyat. Mereka antara lain mengatakan pihak yang tidak menyokong Akta 355 menentang Islam,” kata Mujahid kepada FMT.
“Mufti Wilayah Persekutuan juga menyeru orang Islam supaya menyokong usul itu. Tapi apa yang disokong sekarang ini? PAS sudah ditipu Umno.”
Ahli Parlimen Parit Buntar mengatakan inilah akibat mempercayai Umno walaupun kedua parti berseteru sejak berdekad lalu.
Mujahid tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mendekati Pakatan Harapan untuk “mengajar Umno”.
“Hadi mungkin merasakan Najib sudah khianat, dan akan cuba mengegar Najib dengan menyertai pembangkang.
“Tetapi beliau harus sedar perbuatannya yang mewujudkan ketegangan bukan sahaja dalam kalangan pembangkang, tetapi juga dalam kalangan masyarakat. Menyertai pembangkang semata-mata untuk membalas dendam bukanlah langkah yang baik.
“Hadi dan PAS sudah membuang masa semua orang berdebat mengenai usulnya sejak lebih setahun lalu.
Keputusan BN membuktikan rang undang-undang syariah itu bermotifkan politik, seperti yang diperkatakan oleh Amanah dan parti pembangkang lain.
Sebab itu Amanah menolak usul Hadi, dan menyarankan mahkamah syariah diperkasakan melalui pengukuhan struktur organisasi dan tadbir urus dalaman, katanya.
Tetapi Hadi sebaliknya mengabaikan nasibat bekas mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kerap mengingatkan PAS kepada bahaya mempercayai Umno, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.
“Umno cuba melemahkan PAS. Hadi mempunyai peluang apabila usulnya dibentangkan di Dewan Rakyat bukan sekali, tapi dua kali sebelum ini. Sebaliknya beliau mohon ditangguhkan.
“Sekarang akar umbi dan penyokong mereka mempersoalkan mengapa PAS mempercayai Umno.
“Kita bukan mahu menggesa PAS agar terus mendesak usul itu, tetapi kita mahu PAS jangan menyalahkan orang lain dan bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.”
Rang undang-undang Hadi mula dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mei 2016. Pada November, Hadi meminda usulnya dengan cadangan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.Sekarang ini hukuman maksimum mahkamah syariah dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan. -FMT
PAS terus ditimpa kehinaan lantaran kebodohannya mempercayai UMNO, sehinggakan dikencingkan beberapa kali oleh UMNO.
Strategi UMNO menggunakan hudud/RUU 355 betul-betul memberikan laba untuknya. Pakatan Rakyat hancur binasa lantarannya apabila UMNO berjaya menjauhkan dan terus dapat memisahkan PAS dari PH.
Tetapi PAS masih ego. Tak mahu mengaku salah jauh sekali untuk mengaku kalah sekalipun maruahnya sudah tercampak ke tong najis.
Orang yang kerap ditipu tidak boleh memimpin jemaah dan ummah kerana jemaah dan ummah akan jadi rosak binasa lantaran kebodohan dan kebebalannya.
Di dalam Al-Quran beberapa kali manusia ditegur oleh Allah ... afala taqqiluuun... afala tatafakkarun ... apakah kamu tidak menggunakan aqal... apakah kamu tidak berfikir...
Maka adalah benar dan tepat gesaan Dato Husam supaya Presiden dan AJK PAS Pusat perlu meletakkan jawatan secara enbloc demi maruah Islam.
Tetapi kita percaya mereka tidak akan melakukannya kerana pemimpin PAS yang ada hari ini adalah mereka yang berkepentingan duniawi dan gila jawatan.
Dengan sebab sifat itulah maka mereka sanggup mengatur pelan menyingkirkan golongan professional dari PAS pada muktamar mereka yang lalu dan bukti paling nyata di Selangor, mereka enggap untuk melepaskan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR sedangkan PAS di sana-sini telah mengusulkan putus hubungan dengan PKR.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS telah memutuskan silatur-rahim dengan banyak pihak dan akan terus dilaknat oleh Allah swt sepertimana firmanNya
Demikianlah Artikel [VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...
Sekianlah artikel [VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/video-pas-terus-dan-akan-terus-ditimpa.html