Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker

Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker
link : Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker

Baca juga


Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker

MALAYSIAKINI


Dua ahli parlimen DAP akan melawat kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat esok untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta itu dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar tersebut adalah wajar.

"Kami akan cuba memahami jenis laluan masuk sepanjang 100 meter itu, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan yang bernilai RM1.4 juta itu.

"Kami juga berharap lawatan ini akan memberi beberapa jawapan, sama ada memuaskan atau tidak, kepada pengkritik projek ini," kata Lim, yang akan diiringi oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semasa lawatan itu.

Kerja-kerja menaik taraf itu didedahkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam jawapan bertulis Parlimen kepada soalan yang dikemukakan oleh Ong.

Menurut Fadillah, kerajaan membelanjakan RM1.4 juta untuk membina laluan alternatif ke kediaman rasmi speaker Dewan Rakyat di Jalan Tunku, Kuala Lumpur.

Projek itu dimulakan pada 21 Mac tahun lalu dan mengikut perancangan, ia sepatutnya disiapkan dalam tempoh 12 bulan.

Bagaimanapun, setakat ini projek itu baru 72 peratus siap berbanding 92 peratus mengikut jadual asal kerana kerja-kerja penurapan konkrit yang terpaksa dijadual semula.



Demikianlah Artikel Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker

Sekianlah artikel Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/wakil-rakyat-mahu-periksa-laluan-rm14j.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :