3 pemancing hilang ditemui selamat

3 pemancing hilang ditemui selamat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 pemancing hilang ditemui selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 pemancing hilang ditemui selamat
link : 3 pemancing hilang ditemui selamat

Baca juga


3 pemancing hilang ditemui selamat

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Tiga pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Mengalum kelmarin, ditemui selamat di perairan Pulau Tiga, kira-kira 100 kilometer dari sini. 
 
Mohd Wapie Said, 34, Amsiran Mijan, 55 dan Malik Awang, 40, terpaksa menahan lapar lebih 20 jam kerana tidak membawa bekalan makanan sebelum diselamatkan sebuah bot pelancong pada jam 2.21 petang semalam. 
 
Mereka tiba di Pulau Gaya dan berehat di rumah saudara mereka tengah malam tadi sebelum pulang ke Kampung Likas, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi. 
 
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kedudukan mangsa di perairan Pulau Tiga pada jam 2.14 petang semalam. 
 
"Mereka dilaporkan mendayung dalam keadaan letih dan lapar. Selepas itu, sebuah bot iaitu Bot Penyelamat 20 dikerah ke lokasi tetapi difahamkan mangsa sudah diselamatkan oleh bot pelancong dan dibawa pulang," katanya, di sini, hari ini. 
 
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan keluar memancing di perairan Pulau Sepanggar dan Mengalum dari Kampung Likas, di sini, pada jam 7 pagi, kelmarin tetapi tidak pulang pada jam 9 malam hari yang sama seperti dijadualkan. 
 
Usaha keluarga mangsa menghubungi telefon bimbit mereka pada jam 11 malam hari yang sama juga gagal, menyebabkan satu laporan polis dibuat pagi kelmarin di Balai Polis Karamunsing, di sini, bagi meminta pihak berkuasa melakukan pencarian. 
 
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai APMM digerakkan bermula jam 10 pagi kelmarin sebelum ketiga-tiga mangsa dilaporkan selamat di perairan Pulau Tiga, Kuala Penyu pada kira-kira jam 2 petang semalam.
 
 


Demikianlah Artikel 3 pemancing hilang ditemui selamat

Sekianlah artikel 3 pemancing hilang ditemui selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 pemancing hilang ditemui selamat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/3-pemancing-hilang-ditemui-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :