Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat
link : Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

Baca juga


Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

MALAYSIA DATELINE

Mohd Sany Hamzan Mohd Sany Hamzan Rentetan kenyataan pimpinan Pas ketika ini menggambarkan parti itu tidak berminat untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran negara, maka Pemuda Amanah Nasional mengajak rakyat bersama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak rakyat memilih sama ada Pas atau Umno dan menolak parti-parti yang lain.

Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Ahmad Yaacob ketika Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat di Kedah semalam
berkata, tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin BN.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan.

Justeru Ketua Pemuda Amanah Nasional  Mohd Sany Hamzan berpandangan, tindakan Pas menakut-nakutkan rakyat untuk membuat perubahan hanya memberi nafas kepada BN untuk terus berkuasa sebagai pemerintgah.

"Pas tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat untuk membuat perubahan.

"Dalam keadaan negara dihantui krisis pentadbiran dan skandal besar, ditambah lagi hambatan ekonomi yang tenat, sewajarnya Pas sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar haruslah lebih mengetahui tuntutan menyelamatkan negara.

"Tidak sewajarnya Pas memberi nyawa kepada Barisan Nasional dengan memburukkan serta mewujudkan persepsi negatif terhadap parti-parti pembangkang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd Sany lagi, hari ini nada serta pendekatan pimpinan Pas dakwanya adalah selari dengan pengumuman parti itu sebelum ini yang mengatakan akan bertanding kira-kira 80 kerusi parlimen secara bersendirian.

"Angka itu sudah menzahirkan bahawa sangat mustahil untuk parti itu memimpin negara sebaliknya hanya bertindak sebagai pihak ketiga yang mampu mengganggu kelestarian untuk melihat satu pentadbiran baharu dibina.

"Amanah dan Pakatan Harapan komited untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi yang sedang bermaharajalela menjarah hasil negara.

"Atas kesedaran tuntutan menyelamatkan negara, kami konsisten mengajak masyarakat untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan datang.

"Ayuh bersama kami selamatkan Malaysia. Kami yakin, rakyat khususnya golongan muda dapat menilai tentang realiti sebenar politik negara dan pihak mana yang benar-benar mampu untuk mengubah pentadbiran negara," ujarnya.



Demikianlah Artikel Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

Sekianlah artikel Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/ayuh-rakyat-tukar-kerajaan-bersama-ph.html

Subscribe to receive free email updates: