Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata

Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata
link : Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata

Baca juga


Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata

Astro Awani
Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata
KHALID: Dana diperoleh pengganas di dalam negara hanya untuk menampung kos penerbangan ahli kumpulan ke negara bergolak dan bukannya untuk membeli senjata. -Bernama
 

PUTRAJAYA: Kegiatan kewangan pengganas di Malaysia tidak serius seperti di negara lain.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dana diperoleh pengganas di dalam negara hanya untuk menampung kos penerbangan ahli kumpulan ke negara bergolak dan bukannya untuk membeli senjata.

“Dalam hal ‘terrorism financing’ ini, kegiatannya tidak seberapa besar sepertimana berlaku di tempat lain.
“Ini lebih kepada usaha beberapa pihak mengumpul wang untuk membiaya tiket ke Syria dan sebagainya, bukan melibatkan pembelian senjata,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas wacana ancaman jenayah kewangan dan pengubahan wang haram anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini

Namun, katanya, kegiatan kumpulan terbabit akan terus dipantau dan dikawal ketat pihak PDRM.

“Kita akan terus memantau agar tidak sampai ke tahap itu dan keadaan sukar dikawal,” tambahnya.

Tambahnya, setakat ini ada dua kes pembiayaan kewangan keganasan yang telah dibawa ke mahkamah tahun lepas dan pesalah telah dihukum 16 tahun penjara.

Sementara itu, ditanya berhubung hasrat lebih 50 ahli kumpulan militan rakyat Malaysia yang kini berada di Syria dan Iraq yang dilaporkan mahu kembali ke tanah air, Khalid berkata polis tiada masalah dengan perkara itu.

Beliau berkata apabila tiba di negara ini, mereka akan ditahan, diambil keterangan dan diberikan rawatan pemulihan menerusi program deradikalisasi mengikut tahap pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas dan ekstremis sebelum mereka dibenarkan kembali kepada masyarakat.



Demikianlah Artikel Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata

Sekianlah artikel Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dana diperoleh pengganas dalam negara bukan untuk beli senjata dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/dana-diperoleh-pengganas-dalam-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :