Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan

Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan
link : Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan

Baca juga


Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan


 
Oleh Manivanan Gowin

Sememangnya berulang kali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan bahawa kementerian itu hanya mengawal harga bagi enam barangan keperluan sahaja.

Tetapi apa yang berlaku sekarang, kenaikan harga barangan keperluan lain dilihat mendadak sehingga ada yang tidak masuk akal harganya. Takkan KPDNKK hendak membiarkan begitu sahaja?

Tidakkah kerajaan Umno-BN seharusnya bertanggungjawab dengan adanya pelbagai akta seperti Akta Anti Pencatutan dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

KPDNKK sepatutnya memikirkan permasalahan rakyat, terutama bagi barangan keperluan harian dan makanan. Kerajaan Umno-BN hendaklah memastikan barang-barang ini tidak boleh naik dengan sewenang-wenangnya.

Takkan hendak tunggu pada musim perayaan sahaja untuk mengawal harga barang dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga?

Melihat kepada trend terkini, kita tidak perlu menunggu ahli ekonomi untuk menjangkakan kedudukan ekonomi Malaysia. Rakyat sendiri sebenarnya boleh merasai keperitan ekonomi dengan terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adakah nanti rakyat akan dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik seperti ‘kalau harga gula naik, jangan makan gula nanti kena diabetis’, ‘kalau minyak masak naik, jangan makan makanan bergoreng’ dan sebagainya.

Begitulah alasan demi alasan yang pentadbiran Umno-BN bagi untuk menutup ketidakcekapannya.

Ini ditambah pula dengan faktor kelemahan berterusan nilai ringgit. Walaupun rakyat berbelanja tetapi duit Malaysia sekarang tidak ubah seperti ‘duit Jepun zaman perang’ dahulu.

Tahun 2017 amat mencabar bagi rakyat Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal.

* Manivanan Gowin adalah Ahli Parlimen Kapar



Demikianlah Artikel Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan

Sekianlah artikel Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/harga-barang-naik-kpdnkk-jangan-lepas.html

Subscribe to receive free email updates: