LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020

LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020
link : LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020

Baca juga


LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020


ketua-pegawai-eksekutif-lzs-hussin-mohd-ali 

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Kira-kira 1.4 juta rakyat beragama Islam di Selangor disasarkan berdaftar sebagai pembayar zakat menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hussin Mohd Ali berkata, setakat tahun lalu, hanya 267,000 pembayar zakat dilaporkan berdaftar dengan pihaknya berbanding jumlah keseluruhan umat Islam di negeri itu sebanyak 3.4 juta.

Katanya, pihaknya percaya masih ramai dalam kalangan umat Islam kurang sedar tentang cabang zakat lain menyebabkan mereka gagal melunaskan kewajipan itu.

“Kita mohon mana-mana pihak yang menjadi pembayar zakat faham kepentingan bekerjasama dengan LZS berdakwah dalam hal ini.

 “Dengan cara ini, sasaran itu dapat dicapai dan wang itu dapat diagihkan kepada golongan yang layak kerana tahun ini sahaja, diunjurkan keperluan agihan zakat mencapai sehingga RM1 bilion,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Hussin berkata, pelbagai usaha sedang dilakukan pihaknya bagi mendekati golongan yang layak membayar zakat antaranya dengan menganjurkan program kefahaman berzakat kepada penjawat awam termasuk kumpulan profesional.

“Kita sedang merancang menyediakan platform kepada warga asing bagi menunaikan bayaran zakat fitrah supaya golongan itu tidak ketinggalan dalam menegakkan syiar Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, selain membantu golongan memerlukan, wang kutipan zakat memainkan peranan penting untuk kegunaan bayaran guaman melibatkan kes-kes mempertahankan agama di mahkamah.

Katanya, agihan wang zakat harus diperinci dan mengikut keutamaan Maqasid Syariah kerana kepentingan mempertahankan agama di mahkamah bagi kes berkaitan adalah lebih tinggi daripada hal-hal lain.

Terdahulu, Mohamad Adzib dan Hussin menghadiri Majlis Penghargaan Zakat Selangor dan menyampaikan anugerah kepada 14 syarikat korporat sebagai mengiktiraf komitmen mereka dalam menyebarkan dakwah zakat.

Mohamad Adzib turut menyerahkan replika cek zakat berjumlah RM1.4 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia di 11 hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.-nR-



Demikianlah Artikel LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020

Sekianlah artikel LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LZS sasar 1.4 juta pembayar zakat menjelang 2020 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/lzs-sasar-14-juta-pembayar-zakat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :