Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik

Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik
link : Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik

Baca juga


Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik

 
Mufti berkata Agong sudah memberi perkenan untuk pengharaman itu yang akan dijadikan undang-undang negeri.


salim-penang


GEORGE TOWN: Umat Islam akan diharamkan daripada menyertai apa juga pertandingan ratu cantik di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata satu fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Memandangkan kita sudah menerima perkenan, fatwa itu akan dibawa ke penasihat undang-undang negeri untuk dijadikan undang-undang negeri. Insya-Allah fatwa itu akan dikuatkuasakan tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Di negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang, ketua agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.

Wan Salim berkata masih ada 3 fatwa yang menanti perkenan Agong iaitu berkaitan pengurusan tanah negeri, wakaf tanah dan pengharaman merokok shisha.

Katanya, 3 fatwa itu sedang disemak oleh Agong dan keputusan akhir akan mengambil tempoh beberapa bulan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan berulang PAS berhubung beberapa fatwa ditangguhkan kerana perlu melalui majlis eksekutif negeri untuk kelulusan.

Wan Salim sebelum ini menafikan dakwaan itu dan berkata fatwa dibawa melalui majlis eksekutif negeri kerana penasihat undang-undang perlu membacanya dengan teliti sebelum diwartakan sebagai undang-undang Islam negeri.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Utusan Malaysia semalam beliau mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri kerana melengahkan dan didakwa campur tangan dalam Jawatankuasa Fatwa negeri.

Berhubung tindakan PAS membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke mahkamah kerana fatwa yang tertangguh dan campur tangan, Wan Salim berkata ia terpulang kepada mereka.



Demikianlah Artikel Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik

Sekianlah artikel Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulau Pinang akan haramkan Muslim sertai ratu cantik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/pulau-pinang-akan-haramkan-muslim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :