Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?

Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?
link : Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?

Baca juga


Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyindir pihak polis rentetan pembatalan dialog antara beliau dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bakal berlangsung Jumaat ini.


Beliau berkata, sekiranya tidak boleh diadakan di Malaysia, dialog itu mungkin boleh diadakan di luar negara.

"Mungkin kita boleh adakan wacana ini di London, Greenland atau Antartika. Di Antartika hanya ada penguin yang memang tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris, jadi tidak akan berlaku rusuhan.

"Bagaimanapun saya tak akan berdialog dengan Tun Mahathir di sana sekiranya pihak polis di negara ini mendapat laporan daripada negara tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Sabtu lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacob mengumumkan pembatalan program terbabit yang dijadualkan pada Jumaat ini susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis.

Katanya, pembatalan ini dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, pada hari yang sama.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu turut menjalaskan bahawa dirinya tidak mengetahui dan diberitahu punca sebenar pembatalan dialog tersebut.

"Saya berada di New Delhi ketika perkara ini dilaporkan. Saya sangat kecewa dan tidak tahu apakah alasan atas tindakan tersebut.

"Saya sendiri telah diberitahu bahawa Karangkraf sebagai penganjur telah memenuhi semua aspek untuk memastikan dialog ini tidak akan mencetuskan insiden yang tidak diingini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa sesi dialog itu bukanlah perkara di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana ia tidak melibatkan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Sesi pertemuan saya dan Tun Mahathir di Perak baru-baru ini juga tidak mencetuskan sebarang insiden yang tidak sepatutnya.

"Kalau sekali pun ada laporan daripada orang yang berdekatan, saya rasa pihak Karangkraf telah pun memaklumkan itu adalah kawasan kilang," ujarnya.

Beliau juga berkata, "sebelum ini 45 siri wacana telah diadakan di Karangkraf yang melibatkan pelbagai pihak namun tidak menghadapi sebarang masalah. Tapi apabila mahu diadakan dialog antara saya dengan Tun Mahathir, mereka tidak dibenarkan.

"Mungkin saya merupakan ancaman kepada negara. Saya tidak boleh bayangkan kalau saya sebagai menteri merupakan ancaman kepada negara apatah lagi jika saya berada di pihak pembangkang.

"Mungkin polis percaya dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa saya mungkin mahu meninggalkan kerajaan," ujarnya lapor Sinar





Demikianlah Artikel Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika?

Sekianlah artikel Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Boleh Dialog Di Malaysia, Nazri Nak Dialog Di Antartika? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/tak-boleh-dialog-di-malaysia-nazri-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :