Judul : 3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari
link : 3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari
3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari
Penahanan 3 pegawai lelaki berusia 33 hingga 49 tahun itu pada Isnin menjadikan keseluruhan 15 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang Zakat Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) direman 6 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang zakat negeri.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L Umma Devi yang membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
Semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban dalam kenyataan berkata, 3 pegawai lelaki itu yang berusia 33 hingga 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang, Isnin lalu di pejabat ZPP.
Jumlah itu menjadikannya 15 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan tersebut.
Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek, termasuk pegawai kanan dan 3 pegawai ZPP serta 8 kontraktor berusia 41 hingga 52 tahun.
Dua pegawai ZPP dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang, manakala 8 kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.
Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung 4 hari lagi bermula semalam
Demikianlah Artikel 3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari
Sekianlah artikel 3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3 lagi pegawai Zakat Pulau Pinang direman 6 hari dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/3-lagi-pegawai-zakat-pulau-pinang.html