Judul : ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur
link : ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur
ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur
ANTARAPOS.COMGEORGE TOWN: Kesemua sepuluh ADUN Umno di Pulau Pinang hari ini memakai riben putih pada kemeja mereka kerana yakin pentadbiran amanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sudah terkubur.
Ini berikutan keputusan Speaker Dewan, Datuk Law Choo Kiang yang juga ADUN PKR, untuk menolak usul mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng berundur sementara sehingga selesai perbicaraan kes rasuahnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata tindakan menolak usul itu tanpa dibahas atas alasan teknikal amat dikesali.
ADUN Ayer Tawar itu menegaskan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dicanang oleh Guan Eng ditolak oleh beliau sendiri dan kerajaan negeri pimpinannya.
Beliau berkata penolakan usul itu tanpa dibahas menunjukkan niat buruk kerajaan negeri menutup mulut pembangkang mengenai isu-isu penting melibatkan amanah rakyat.
Jahara dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sebelum ini mengemukakan usul meminta Guan Eng melepaskan semua jawatan awam beliau sehingga perbicaraannya selesai.
Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran untuk kegunaan peribadi dan menyalahguna kuasa berhubung penukaran status sebidang tanah.
Speaker DUN bagaimanapun menolak usul itu kerana kononnya kes Guan Eng itu tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada bersabit penjawat awam yang disabit kesalahan jenayah.
Jahara menegaskan usul itu dikemukakan demi kepentingan awam dan hanya bertujuan meminta Guan Eng berundur sementara atas prinsip kebertanggungjawaban.
“Speaker berlaku tidak adil kerana menggunakan peruntukan undang-undang yang salah untuk menolak usul kami.
“Kami merujuk keperluan Ketua Menteri untuk meletak jawatan sehingga kes mahkamahnya selesai demi membela integriti jawatan itu,” kata beliau.
Farid berkata usul yang dikemukakan menekankan perlunya penjawat awam termasuk Ketua Menteri yang menghadapi perbicaraan kes jenayah meletak jawatan sehingga keputusan mahkamah di ketahui.
Demikianlah Artikel ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur
Sekianlah artikel ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN BN anggap CAT Guan Eng terkubur dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/adun-bn-anggap-cat-guan-eng-terkubur.html