Judul : Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir
link : Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir
Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Felda terlebih dahulu telah mengambil langkah tersebut dengan mengangkat ikrar anti rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
"Sebelum ini kita lebih mendahului mereka dalam memperbetulkan secara dalaman dengan memupuk amalan integriti dan juga amalan menolak perbuatan rasuah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dua NGO bergabung 'serang' Parlimen Najib]
"Jadi, apakah langkah yang mereka lakukan ini akan lebih berkesan," katanya pada sidang media pengumuman Sambutan Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan, hari ini.
Semalam, Anak dan Hisbah menandatangani memorandum memerangi rasuah di kawasan Felda.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, persefahaman itu dimeterai selaras usaha kesedaran dalam bentuk kempen dan mendedahkan perilaku rasuah di Felda.
Katanya, selain mengangkat ikrar, Felda turut mewujudkan dasar 'whistleblower' (pemberi maklumat) dalam memerangai rasuah.
"Apa yang kita mahu tingkatkan adalah nilai integriti di dalam Felda di kalangan petugas dan pengurusannya di pelbagai peringkat.
"Dengan dasar amalan whistleblower, tindakan boleh diambil dan salah laku boleh dicegah lebih awal," katanya.
Ketika ditanya mengenai sasaran utama ke dua-dua NGO tersebut yang mahu memberi fokus kepada kawasan Parlimen Pekan, Shahrir berkata, ia adalah semata-mata untuk menarik perhatian media.
"Apa yang dilakukan hanya untuk mendapatkan perhatian media," ujarnya.
Demikianlah Artikel Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir
Sekianlah artikel Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak, Hisbah syok sendiri: Shahrir dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/anak-hisbah-syok-sendiri-shahrir.html