'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin

'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin
link : 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin

Baca juga


'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin

Alyaa Alhadjri


Berhadapan dengan gesaan supaya Pakatan Harapan mengembalikan pemilihan perdana menteri kepada rakyat, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjawab bahawa tumpuan harus diberikan untuk memenangi pilihan raya umum ke-14.

"Itu adalah pendapat beliau. Yang paling penting adalah untuk menang pilihan raya," kata Azmin malam tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya HARAPAN membuat suatu tinjauan bebas dan mengukur populariti calonnya yang disenarai pendek untuk jawatan perdana menteri.

"Kita semua mahu menang pilihan raya. Semua parti memberi tumpuan kepada strategi untuk menang.

"Selepas kami menang, dan kemudian kita boleh berbincang (siapa yang akan jadi perdana menteri)," kata Azmin.

Dua hari selepas Kongres Kebangsaan ke-7 PKR, yang menyaksikan pemimpin HARAPAN merestui rancangan parti itu untuk melantik mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan datang, Syed Saddiq (foto) berkata dalam surat terbuka bahawa keputusan itu mesti dikembalikan kepada rakyat.

langkah itu, kata menteri besar Selangor tersebut, juga sejajar dengan mesej Anwar dalam suratnya dari penjara bahawa sebarang keputusan yang dibuat perlu diputuskan oleh rakyat, bukan hanya oleh sekumpulan elit atau pemimpin tertinggi.

Penganalisis dan pengkritik telah menggesa PKR untuk bergerak di luar rancangannya untuk melantik presidennya parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, selepas dibebaskan dari penjara itu.

Bagaimanapun, Azmin menegaskan bahawa Anwar telah lama menjadi simbol penindasan, yang mana kebebasannya akan melambangkan kemenangan untuk rakyat.

"Kebebasan Anwar adalah kebebasan rakyat. Itu sentiasa menjadi pendirian (PKR)," kata beliau.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah hanya tersenyum dan berjalan lalu apabila diminta mengulas mengenai perkara itu.

Kemasukan BERSATU sebagai anggota pakatan pembangkang itu, telah mencetuskan perdebatan mengenai kemungkinan calon perdana menteri selain daripada Anwar.

Antara lain, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim bersetuju pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pembangkang, kerana menurutnya, bahawa hanya mantan PM itu yang satu-satunya boleh meyakinkan orang Melayu bahawa beliau tidak akan menjadi perdana menteri boneka.



Demikianlah Artikel 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin

Sekianlah artikel 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Fokus untuk menang p'raya', kata Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/fokus-untuk-menang-praya-kata-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :