Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Gugur selepas dirompak pemandu Uber - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gugur selepas dirompak pemandu Uber, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gugur selepas dirompak pemandu Uber
link : Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Baca juga


Gugur selepas dirompak pemandu Uber




Norlaile Abd Rahman

PETALING JAYA- Seorang wanita yang dirompak oleh pemandu Uber dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Puchong dekat sini pada 21 Mei lalu kini mengalami keguguran.

Pembantu jualan, Wong Mei Yan, 26, yang sedang mengandung sebulan mengalami keguguran selepas seminggu insiden tersebut berlaku.

Katanya, dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat e-hailing itu kerana telah menyebabkan tekanan emosi dan kehilangan anak dalam kandungan akibat kejadian tersebut.

Mei Yan membuat tempahan untuk balik ke rumahnya menerusi aplikasi Uber sekitar jam 9.30 malam dan dia mendakwa tidak perasan ada seorang lagi penumpang di kerusi penumpang hadapan ketika itu.

Dia juga tidak perasan yang pemandu berkenaan mempunyai ranking yang rendah.

Apa yang diingati Mei Yan, dia mula sedar ada seorang lagi penumpang lelaki yang bertubuh kecil dan kurus apabila pemandu berkenaan mula bercakap dengan lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak bercakap dengan pemandu tersebut sehingga pemandu berkenaan mula mengikut jalan yang salah walaupun Mei Yan sudah menunjukkan arah.

Apabila mereka tiba di pusat perniagaan One Puchong, penumpang yang duduk di hadapan itu mengeluarkan pisau kepada Mei Yan dan meminta dia menyerahkan semua barang berharga.

Mei Yan merayu supaya tidak diapa-apakan kerana dia sedang mengandung dan kedua penjenayah tersebut meninggalkannya di Koi Kinrara sebelum dia dibantu oleh pengguna jalan raya lain yang membawanya ke balai polis berdekatan.

Polis telah menahan pemandu Uber tersebut di R&R Pagoh, Muar di Johor pada 24 Mei lalu.-MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Gugur selepas dirompak pemandu Uber

Sekianlah artikel Gugur selepas dirompak pemandu Uber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gugur selepas dirompak pemandu Uber dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/gugur-selepas-dirompak-pemandu-uber.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :