[KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14

[KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14
link : [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14

Baca juga


[KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14

Oleh Ainor Rahim & Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: AMK tetap mempertahankan dan meminta Pakatan Harapan (PH) agar menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada pilihan raya umum akan datang.
 
Ketua Pemudanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini kerana Anwar mempunyai rekod yang baik ketika berada dalam pentadbiran kerajaan suatu masa dahulu.
 
"Kejayaan beliau (Anwar) membina gerakan massa yang luas, 'big tent politics' merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan. 
 
"Rekod beliau sebagai Menteri Kewangan terakhir yang membawa belanjawan lebihan juga terbukti. 
 
"Sosok tubuhnya di dalam membawa kebangkitan Islam yang sederhana serta menyatukan budaya-budaya serantau dalam gagasan Gelombang Kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa yang dihormati dalam dan luar negara," katanya dalam ucapan dasar Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini. 
 
Terdahulu, mantan menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan keengganan PH menamakan calon bagi memegang jawatan tertinggi itu sekiranya memenangi PRU akan datang.
 
Sehubungan itu pada Februari lalu beliau menggesa PH menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.
 
Zaid dalam tulisan di blognya berkata, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon PM boleh meleraikan kebimbangan umum bahawa DAP berminat untuk mengambil alih kepimpinan negara.
 
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan PKR agar tidak terlalu selesa dengan gabungan yang terjalin bersama parti pembangkang lain iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari ini.
 
“KEADILAN (PKR) tidak harus merasa selesa mengharapkan kekuatan kerjasama ini, sebaliknya mesti membina kekuatan sendiri supaya nanti tidak timbul lagi dakwaan seolah-olah kita tdak mempunyai sebarang kekuatan dan sumbangan, hanya menumpang kekuatan rakan.
 
“Kesatuan kita akan meningkatkan peluang yang ada. Jika kita tidak fokus dan terus mencari-cari segala perbezaan yang ada, maka sebenarnya kita telah memilih untuk kalah lebih awal,” katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14

Sekianlah artikel [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] AMK tetap mahu Anwar jadi PM jika PH menang PRU14 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kemaskini-amk-tetap-mahu-anwar-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :