Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif

Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif
link : Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif

Baca juga


Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif

 BERNAMA

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal pada 26 April lalu Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal pada 26 April lalu

Kementerian Kesihatan masih belum mendapat laporan penuh bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang dilaporkan dipukul seorang pembantu warden.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, setelah laporan bedah siasat berkenaan diperoleh barulah kementerian boleh menjelaskan punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Kita tidak nafikan kemungkinan ada penyakit lain yang dihidapi kanak-kanak itu tapi apa-apa pun kita tunggulah laporan penuh dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemukiman MIC: Persiapan Menjelang PRU14 di Universiti Aimst hari ini.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Kisah itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta siasatan kes kematian tersebut dipercepatkan.



Demikianlah Artikel Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif

Sekianlah artikel Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian kesihatan tunggu laporan bedah siasat kematian Thaqif dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kementerian-kesihatan-tunggu-laporan.html

Subscribe to receive free email updates: