Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang

Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang
link : Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang

Baca juga


Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang

 
SRC International masih berhutang RM310 juta kepada kerajaan dan RM4.385 bilion kepada KWAP


src-mof


PETALING JAYA: Kementerian kewangan berkata bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), akan menjual asetnya untuk membayar semula pinjaman daripada kerajaan.

Kementerian berkata SRC masih berusaha melangsaikan hutangnya walaupun 2015 dan 2016 merupakan tahun yang mencabar untuk syarikat itu.

“Antara langkah yang akan diambil adalah untuk menjual aset-aset syarikat untuk menyelesaikan hutang kepada kementerian kewangan,” lapor portal Malaysiakini hari ini.

Perkara ini dinyatakan dalam jawapan bertulis Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Selayang William Leong mengenai hutang tertunggak SRC.

SRC masih berhutang RM310 juta kepada kerajaan pada kadar faedah 4% setahun, kata kementerian dalam jawapan mereka.

SRC juga berhutang RM4.385 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada kadar faedah antara 4.3% dan 5.1% setahun.

Jawapan itu, bagaimanapun, tidak menyebut mengenai aset yang dirancang SRC untuk dijual, kata portal itu.
SRC ditubuhkan pada 2011 untuk meneroka pelaburan strategik antarabangsa dalam sektor tenaga.

Ia adalah anak syarikat 1MDB dan kemudian diletakkan di bawah kementerian kewangan, diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada November, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengakui SRC mengalami kesulitan kewangan kerana berdepan masalah mendapatkan semula wang yang disimpan di Bank BSI.

Masalah timbul selepas cawangan bank Switzerland di Singapura itu ditutup kerana memungkiri peraturan pengubahan wang haram dalam perkembangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SRC kini menjadi subjek siasatan Switzerland yang percaya sekurang-kurangnya RM800 juta dari SRC digelapkan, kata portal itu.



Demikianlah Artikel Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang

Sekianlah artikel Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian: SRC akan jual aset untuk langsai hutang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kementerian-src-akan-jual-aset-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: