PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangorlink :
PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor
PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan kedudukan tiga wakilnya dalam kerajaan negeri Selangor kekal meskipun PKR telah mengarahkan semua wakilnya di Kelantan untuk meletakkan jawatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mana lantikan setiap ahli majlis mesyuarat negeri adalah kerana mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
"Berdasarkan Perkara 53 Fasal 7 di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dengan jelas menyatakan seseorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Sultan. Jadi itu yang dipegang oleh PAS.
"Mana-mana exco boleh letak jawatan tetapi soal letak jawatan tidak timbul. Exco akan terus memegang jawatan exco selagi mendapat perkenan Sultan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat petang tadi.
Kedudukan tiga exco PAS di Selangor sebelum ini menjadi tanda tanya, selepas Biro Politik PKR pada Selasa lalu mengarahkan kesemua lantikan wakil partinya dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS meletakkan jawatan.
Keputusan PKR itu dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu.
Bagaimanapun PKR dalam mesyuarat itu menetapkan kedudukan tiga exco dan wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR akan diputuskan sekembalinya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada lawatan rasmi di luar negara.
Sebelum ini beberapa pimpinan PKR, termasuk Datuk Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli menggesa tiga exco PAS berundur daripada jawatan masing-masing selepas dua parti berkenaan tidak lagi mempunyai kerjasama rasmi.
Mengulas lanjut mengenai keputusan PKR yang mahu semua wakilnya dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan, jelas Takiyuddin, kerajaan negeri itu mahu mengekalkan wakil parti tersebut dalam pentadbiran negeri.
"Ada jawatan yang dilantik kerajaan negeri (Kelantan) oleh pihak berkuasa negeri, contohnya ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penghulu. Kita teruskan lantikan ke atas pimpinan PKR, walaupun undang-undang membolehkan mana-mana yang dilantik bebas meletakkan jawatan," kata Takiyuddin lagi.
Demikianlah Artikel PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor
Sekianlah artikel PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tak layan 'arahan' PKR di Kelantan, terus kekalkan exco di Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pas-tak-layan-arahan-pkr-di-kelantan.html
Related Posts :
#MalaysiaMemilih: Hari mengundi 25 Mac ini?Firdaus Azil, Astro Awani
Seperti biasa, semua pihak boleh membuat ramalan dan andaian mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan jangkaan be… Read More...
PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM
Khairil Ashraf
Timbalan Pengerusi Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Azmin Ali, juga tidak tahu tentang kenyataan bersa… Read More...
‘Mana Muhyiddin?’THE MALAYSIAN TIMES
ALOR SETAR: Rakyat perlu menilai dengan bijak keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, memanda… Read More...
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2018 16:25 MYT Facebook Twitter Email Google whatsapp icon Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru. Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 58 tahun itu ditahan dalam enam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, pasukan polis menahan sepasang kekasih dipercayai dalang utama sindiket itu. Kata beliau, dalam serbuan itu kita berjaya merampas 10.3 kilogram dadah jenis syabu dan 37 biji pil ekstasi. “Siasatan awal mendapati, pasangan kekasih ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Tambah Mohmad, serbuan kedua dijalankan di Jalan Perdana, Pandan Perdana menahan tiga lelaki dan merampas 21 gram dadah jenis ketamin, 79 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji eramin serta tujuh ekstasi. Manakala katanya, serbuan yang ketiga pula di sebuah premis taman Setiawangsa di mana seorang suspek lelaki serta serbuan keempat dilakukan pasukan Sting di Setapak dan operasi terakhir dibuat di Muar, Johor. “Hasil rampasan dadah ini boleh digunakan kira-kira 51,810 penagih. Siasatan awal mendapati, sindiket itu mengedar dadah jenis syabu, ketamin, ganja, eramin 5 dan ekstasi,” katanya. Tambah Mohmad, turut ditemui 50 biji peluru hidup jenis 9mm. dan jumlah sitaan ke atas semua lokasi berjumlah RM2.73 juta. Ujarnya, pihaknya turut merampas pelbagai wang tunai bernilai RM2.1 juta, lapan kereta, lima utas jam tangan berjenama dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM2.73 juta. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama
… Read More...
Pelakon 'mengamuk' tiada kaitan dengan isu Ah Long - Zed ZaidiSiti Nursyazwani, Astro Awani
Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam … Read More...