Judul : Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun
link : Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun
Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun
MALAYSIAKINI
Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah buah pinggang semakin meningkat iaitu 6,000 kes baharu dicatatkan pada setiap tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya menganggarkan pesakit buah pinggang daripada tahap satu hingga tahap lima pada masa ini telah mencecah 400,000 orang.
Menurutnya, 40,000 daripada jumlah itu pula merupakan pesakit penyakit buah pinggang tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis.
"Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baharu pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara telah dikesan, akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan yang kurang sihat," katanya kepada pemberita selepas program 'I Want Sihat', anjuran Pejabat Kesihatan Balik Pulau semalam.
Katanya, setiap tahun, kerajaan memperuntukkan tidak kurang daripada RM1.6 bilion bagi membiayai kos rawatan pesakit buah pinggang tahap lima di Malaysia.
Dr Hilmi berkata kos rawatan bagi pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 seorang bagi tempoh setahun.
Justeru, kementeriannya sedang memberikan fokus kepada langkah pencegahan bagi menangani masalah buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain dengan menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai.
Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.
"Setiap orang harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak obesiti dan kencing manis dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat," katanya.- Bernama
Demikianlah Artikel Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun
Sekianlah artikel Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesakit buah pinggang meningkat 6,000 kes setiap tahun dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pesakit-buah-pinggang-meningkat-6000.html