Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan

Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan
link : Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan

Baca juga


Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan


TAHANAN reman ketua pegawai eksekutif dan seorang lagi pegawai berpangkat tinggi Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang disiasat berhubung tuduhan rasuah, dilanjutkan empat hari lagi.


Minggu lalu kedua-dua individu itu direman tujuh hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan reman mereka tamat hari ini.

Mereka yang berusia 50 dan 35 tahun tiba di kompleks mahkamah Pulau Pinang diiringi pegawai SPRM kira-kira jam 2.15 petang dan dibawa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid bagi permohonan lanjutan reman.

Mereka ditahan bersama dua lagi pegawai ZPP pada 9 Mei tetapi mereka yang lain dibebaskan semalam.

SPRM menahan 12 orang keseluruhannya, terdiri daripada empat pegawai ZPP dan lapan kontraktor, bagi membantu siasatan, pada minggu lalu.

Difahamkan, lima kontraktor sudah dibebaskan pada hujung minggu lalu.

Pagi ini, tiga lagi kontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret untuk proses tamat reman sebelum dibebaskan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Semua yang dibenarkan pulang dibebaskan dengan bon RM5,000 setiap seorang.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Abdul Aziz Aban minggu lalu berkata siasatan awal menunjukkan semua individu terbabit didakwa menyalahgunakan dana bernilai jutaan ringgit dengan menganjurkan program sebelum keuntungannya diagihkan.

Katanya, SPRM percaya CEO terbabit menerima barangan berharga, wang, cek daripada kontraktor dan pembekal sebagai balasan kerana memberikan projek tertentu kepada mereka.

Aziz dilaporkan berkata suruhanjaya itu akan memburu lebih ramai individu, terutama kontraktor yang menerima projek daripada ZPP, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata SPRM juga mungkin akan bertemu dengan pengurusan ZPP dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

ZPP ialah agensi di bawah MAIPP yang mengendalikan duit zakat umat Islam.

Minggu lalu, selepas penahanan pegawai ZPP, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim memberi keyakinan kepada umat Islam yang wang zakat masih selamat lapor TheMalaysianInsight


Demikianlah Artikel Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan

Sekianlah artikel Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: Reman Pegawai Zakat Pulau Pinang Dilanjutkan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/rasuah-reman-pegawai-zakat-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :