Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan

Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan
link : Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan

Baca juga


Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BANGUNAN SUK

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri mengambil pendirian terbuka berhubung sebarang keputusan diambil Majlis Syura PAS bagi menentukan permuafakatan membabitkan parti itu dalam komponen Pakatan.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang spekulasi membabitkan permuafakatan itu tidak seharusnya diperbesarkan agar keharmonian pentadbiran negeri terus terjamin.

“Jangan buat sebarang spekulasi, kita hormati keputusan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Abdul Awang.

“Jadi untuk tempoh sekarang ini, tunggulah keputusan Majlis Syura. Namun, perlu diingatkan bahawa Kerajaan Negeri yang terbentuk ini hasil daripada sokongan majoriti sokongan rakyat dan bukan atas prinsip kepartian,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian sebagai mengulas spekulasi pihak tertentu agar permuakatan di peringkat Persekutuan dikaji semula susulan keputusan Muktamar PAS, April lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga Exco Kerajaan Negeri diwakili parti itu sebelum ini konsisten menyokong pentadbiran negeri sedia ada berdasarkan mandat dan amanah rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Merujuk kepada kesaksamaan kejayaan itu, Mohamed Azmin berkata, kemenangan itu seharusnya menjadi penanda aras untuk pentadbiran negeri terus kekal menerajui pentadbiran akan datang.

“Kemenangan besar dalam PRU lalu adalah hasil kepercayaan dan mandat yang ditentukan rakyat. Bukan saya yang memilih untuk meletakkan sesiapa dalam kerajaan.

“Jadi mandat inilah harus diteruskan dan saya bersama wakil rakyat Selangor akan patuh kepada amanah rakyat ini,” katanya.

Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita pada majlis di Shah Alam Convention Centre, petang ini.=EZY



Demikianlah Artikel Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan

Sekianlah artikel Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor terbuka keputusan muafakat komponen Pakatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/selangor-terbuka-keputusan-muafakat.html

Subscribe to receive free email updates: