SPAD perlu dedah kos ECRL

SPAD perlu dedah kos ECRL - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAD perlu dedah kos ECRL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAD perlu dedah kos ECRL
link : SPAD perlu dedah kos ECRL

Baca juga


SPAD perlu dedah kos ECRL


Yeo Bee Yin (2)




OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) perlu mendedahkan pecahan kos bagi setiap segmen dan aliran cawangan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), gesa Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Yeo Bee Yin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Damansara Utama berkata, Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) menimbulkan beberapa perkara meragukan yang memerlukan penjelasan terperinci SPAD. 

Katanya, ia termasuk kos pembinaan landasan tunggal projek berkenaan dilihat terlalu tinggi berbanding projek lain yang mempunyai landasan berkembar.

“Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) sepanjang 191 kilometer (KM) dengan kos RM8.9 bilion iaitu bersamaan RM46 juta per KM.

“Ia separuh daripada kos landasan tunggal ECRL berdasarkan kiraan per KM.

“Umpamanya kita bayar untuk nasi goreng ayam, tapi dapat nasi goreng sahaja tanpa ayam,” katanya dipetik Roketkini.

Beliau dilapor berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPAD di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut serta, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming yang menggesa SPAD bersikap lebih telus dalam perbelanjaan projek bernilai RM55 bilion itu.

ECRL MAP

Dijangka mula dilaksanakan pada Julai nanti, ECRL melalui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Fasa pertama ECRL merangkumi laluan sepanjang 600.3 km, bermula di terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak akan berakhir di Wakaf Bharu, Kelantan, dengan 23 stesen perhentian di antaranya.

Selepas selesai fasa pertama, fasa kedua dijangka akan menghubungkan laluan sehingga ke Pelabuhan Klang.



Demikianlah Artikel SPAD perlu dedah kos ECRL

Sekianlah artikel SPAD perlu dedah kos ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAD perlu dedah kos ECRL dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/spad-perlu-dedah-kos-ecrl.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :