Judul : Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa
link : Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa
Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata rakyat berhak menyuarakan kebimbangan mereka walaupun usul itu dikatakan hanya menyasarkan orang Islam.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini buat pertama kali menyertai kritikan terhadap langkah terbaharu PAS untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah, dengan mengatakan rang undang-udnang peribadi yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu mencabul perjanjian antarabangsa mengenai penyeksaan yang ditandatangani Malaysia.
“Parlimen mesti memastikan semua undang-undang yang diluluskan adalah munasabah, saksama dan bersekadar; serta progresif dan adil,” kata Pengerusi Tan Sri Razali Ismail.
Ciri-ciri utama pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah meningkatkan hukuman untuk pesalah syariah, dari maksimum denda RM5,000, 6 sebatan rotan dan 3 tahun penjara ke denda RM100,000, 100 sebatan rotan dan 30 tahun penjara.
Usul Hadi itu mengundang reaksi bercampur baur dari blok pemerintah dan pembangkang.
Pemimpin PAS dan penyokong usul Hadi dari Umno mencemuh pengkritik, dengan mengatakan orang Islam berhak mentadbir kehidupan mereka berdasarkan apa yang didakwa hukum tuhan.
Razali bagaimanapun memberi amaran cadangan usul untuk membolehkan pesalah syariah dijatuhkan hukuman maksimum 100 sebatan rotan mencabul “larangan mutlak ke atas penyeksaan dan hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menghinakan di bawah undang-undang antarabangsa”.
Beliau mengingatkan PAS bahawa Malaysia menandatangani 3 perjanjian antarabangsa, iaitu Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw), Konvensi Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensi Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).
Pengerusi Suhakam mempertikaikan usaha menyekat kritikan terhadap usul Hadi itu atas alasan ia hanya menyasarkan orang Islam.
Beliau berkata usul Hadi itu akan memberi kesan kepada semua rakyat.
“Rakyat mempunyai hak untuk mempersoalkan untuk menyoal sama ada hak kebebasan dan maruah dilindungi secukupnya di bawah pindaan yang dicadangkan itu, dan Suhakam mahu menekankan konsep perkadaran salah satu daripada prinsip asas menghukum, berdasarkan kepada premis hukuman yang adil mestilah mengikut tahap dan jenis,” kata Razali.
Demikianlah Artikel Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa
Sekianlah artikel Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suhakam beri amaran usul Hadi langgar perjanjian antarabangsa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/suhakam-beri-amaran-usul-hadi-langgar.html