Judul : 'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin
link : 'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin
'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS mengucapkan 'terima kasih' kepada bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor di atas surat terbuka kepada parti itu yang dikeluarkan hari ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebaliknya menegaskan, PAS tidak akan sesekali mudah diperdaya dan dipermainkan oleh mana-mana parti politik kerana ia mempunyai strategi sendiri berlandaskan perjuangan Islam.
“Jadi kita ucapkan terima kasih kepada pandangan Ezam, tapi PAS ada pandangan dia sendiri, Insya-Allah.
“PAS ada agenda dia iaitu untuk menegakkan Islam dan PAS ada strategi dia sendiri, jadi PAS bertindak dengan strategi dan bukan PAS membiarkan dirinya dipergunakan oleh sesiapa," katanya kepada Antarapos.
Ezam hari ini menulis satu surat terbuka kepada PAS meminta parti itu berwaspada dengan Umno kerana dikhuatiri mempunyai motif tertentu apabila dilihat cuba berbaik-baik dengan PAS kebelakangan ini.
Ezam mendakwa cubaan Umno berbaik-baik dengan PAS adalah demi munutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khairuddin dalam reaksinya bagaimanapun melahirkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah atas usaha keras Ezam melawan rasuah, dan menganggap bekas pemimpin Umno itu sebagai ‘rakan’ kerjasama yang baik dalam menentang rasuah di negara ini.
Namun tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, PAS tidak akan sesekali terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana mempunyai asas perjuangan yang kukuh.
“Kita tidak mengkritik Ezam, kita mengucapkan terima kasih kepada Ezam, dan tahniah kerana Ezam tidak bersekongkol bersama dengan Umno memperjuangkan rasuah, kita alu-alukan tapi kita ada cara kita sendiri dan strategi PAS itu sendiri sebab PAS tidak akan ikut dengan strategi orang untuk pastikan PAS yang bawa Islam boleh berjaya dalam politik tanah air, InsyaAllah.
“Itu pandangan dan kita alu-alukan pandangan, setiap orang boleh beri pandangan dan Ezam bukan musuh kita, Ezam adalah rakan kita InsyaAllah dalam perjuangan untuk memastikan negara bersih daripada rasuah tetapi dengan Islam," katanya lagi.
Demikianlah Artikel 'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin
Sekianlah artikel 'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Terima kasih' Ezam tapi PAS ada strategi sendiri, kata Khairuddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/terima-kasih-ezam-tapi-pas-ada-strategi.html