Judul : Wanita maut jatuh perigi
link : Wanita maut jatuh perigi
Wanita maut jatuh perigi
ANTARAPOS.COMSITIAWAN: Wanita berusia 52 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Pekan Gurney, di sini, pagi ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Yep Mee Huong disedari sudah terjatuh ke dalam perigi oleh ahli keluarganya sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Azmi Mohd Yusof berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.40 pagi.
"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa sudah berada di dalam perigi itu dan seorang anggota dikerahkan turun ke dalam perigi dengan menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa.
"Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Demikianlah Artikel Wanita maut jatuh perigi
Sekianlah artikel Wanita maut jatuh perigi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita maut jatuh perigi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/wanita-maut-jatuh-perigi.html