Judul : BERSATU Parti Orang Kecewa?
link : BERSATU Parti Orang Kecewa?
BERSATU Parti Orang Kecewa?
Fuad ShahdanParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berdepan satu lagi masalah baru-baru ini apabila terdapat sebilangan pemimpin dalam gerakan pemuda Parti berkenaan atau dikenali sebagai ARMADA melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Pengerusi Parti, Tun Dr. Mahathir dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Suara tidak puas hati ini sebenarnya bukan baru dalam BERSATU, sebelum ini kita telah saksikan bagaimana pergolakan berlaku di bahagian-bahagian Parti berkenaan di negeri Perak.
Syed Saddiq juga menegaskan ahli yang terlibat akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Parti untuk dinilai tindakan bersesuaian.
Ini merupakan satu tuduhan sembarangan yang dibuat tanpa asas kukuh.
Tindakan Syed Saddiq ini juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk mengalihkan isu kepimpinan lain dengan menyalahkan parti seteru.
Syed Saddiq sering melaung-laungkan idealisme politik matang dan baharu, namun apa yang dilakukan oleh beliau bukan satu perkara yang matang, malah dilihat tidak jauh bezanya dengan amalan politik lapuk yang cuba ditentangnya.
BERSATU perlu dilihat menjadi parti politik contoh dengan berani mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengamalkan budaya politik terpilih.
Jika BERSATU berjaya melaksanakan perkara seperti ini, maka sudah tentu Parti ini akan dilihat sebagai berjaya mengotakan apa yang dikata.
Semangat 46 misalnya ditubuhkan kerana kekecewaan sebilangan ahli UMNO terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir suatu masa dahulu.
Parti ini menjalinkan kerjasama erat dengan PAS, namun tidak berjaya menewaskan UMNO dan Barisan Nasional.
Akhirnya, parti ini berkubur dan kebanyakan pemimpin parti berkenaan pulang ke pangkuan UMNO, malah ada di antara mereka dilantik semula sebagai Menteri.
Jelas Parti ini tidak berjaya dalam pilihan raya yang disertai dan tewas mudah dan akhirnya berkubur.
Sesebuah parti itu perlu mempunyai objektif yang jelas dan tidak terkait dengan agenda peribadi mana-mana pemimpin.
Parti ialah tentang ideologi dan perjuangan dan BERSATU wajar mengukuhkan hal ini terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk muncul dalam saingan politik negara yang semakin sengit, jika tidak BERSATU akan dikenang sebagai sejarah seperti Semangat 46, sejarah orang-orang kecewa.
Demikianlah Artikel BERSATU Parti Orang Kecewa?
Sekianlah artikel BERSATU Parti Orang Kecewa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSATU Parti Orang Kecewa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/bersatu-parti-orang-kecewa.html