Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong

Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong
link : Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong

Baca juga


Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang tular di media sosial menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian rompak dan rogol di Bandar Kinrara, Puchong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak berkumpulan terhadap dua pekerja kafe siber, bulan lalu.
 
B. Sugidran, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya atasnya di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
 
Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga besi buruk itu didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang penjaga kaunter yang merupakan seorang wanita warga Indonesia berusia 33 tahun di No. B-17-0, Kinrara Niaga, Jalan BK 5A/2D, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi, 11 Mei lalu.
 
Lelaki tersebut turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang telah meninggal dunia, melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan sekerja mangsa yang merupakan lelaki warga Bangladesh, melibatkan kerugian RM400.
 
Bagi kesalahan rogol dan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
 
Sementara itu, bagi kesalahan rompak, dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
 
Di Mahkamah Majistret pula, Sugidran turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita Indonesia itu pada tarikh, masa dan tempat sama.
 
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
 
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kesemua kes



Demikianlah Artikel Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong

Sekianlah artikel Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki didakwa rompak, rogol di kafe siber Bandar Kinrara, Puchong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/lelaki-didakwa-rompak-rogol-di-kafe.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :