RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS

RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS
link : RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS

Baca juga


RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS

MALAYSIAKINI


PAS hari ini mempersoalkan tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kerugian tukaran asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia lebih dua dekad lalu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya jika motif sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan adanya skandal yang berkadaran dengan 1MDB semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"RCI menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara, persoalannya, bagaimana RCI ini boleh membawa manfaat kepada negara dan rakyat. Apakah hasil siasatan RCI ini akan dicontohi. Apakah tujuan sebenar RCI ini.

"Apakah ini untuk menyamakan bahawa di zaman Mahathir juga ada skandal sebesar 1MDB,

"Dan oleh kerana Mahathir terus kekal menjadi perdana menteri sehingga 2003, maka ia menjadi satu kewajaran untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa di sebalik skandal 1MDB yang memalukan Malaysia di peta dunia?," tanya Tuan Ibrahim dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Jika kerajaan ikhlas terhadap RCI ini, katanya, ia harus mendedahkan laporan umum juruaudit mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Jika tidak, tujuan RCI ini hanya bersifat politik semata-mata kerana Umno melihat BERSATU sebagai ancaman di PRU14," tambah beliau.

Semalam, kerajaan mengumumkan Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI untuk menyiasat kerugian tukaran mata wang berjumlah berbilion ringgit pada tahun 1980-an.

Kerajaan juga mendakwa, pasukan petugas yang meneliti skandal tersebut mendapati wujudnya unsur-unsur mengaburi fakta-fakta tertentu.

Pengumuman ini susulan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang membuat tuntutan jenayah sivil yang berkaitan 1MDB.



Demikianlah Artikel RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS

Sekianlah artikel RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/rci-forex-adakah-najib-mahu-menyamai-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :