HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melakalink :
HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka
HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka
Ketegangan berlaku antara 100 penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan kira-kira 50 pegawai polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) petang ini, kata anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu berkata, insiden itu berlaku apabila anggota parti dan penyokong HARAPAN sedang sibuk dengan persiapan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di Dataran Bukit Baru di bandar Melaka malam ini.
"Pegawai datang dan beritahu kami untuk turunkan bendera (parti).
"Mereka juga mengatakan kami sepatutnya memohon kelulusan majlis bandaraya untuk menggunakan kawasan itu," katanya ketika dihubungi.
Pada kira-kira pukul 5 petang, Shamsul Iskandar di Twitter memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kerana penganjur masih tidak dapat mendirikan khemah.
"Saya dan rakan-rakan @KEADILAN punyai tahap kesabaran. Jangan sampai saya AMUK Majlis Bandaraya Melaka petang ini. Ayuh @AMKMalaysia kita turun," katanya.
Shamsul Iskandar kemudian memberitahu
Malaysiakini beliau akhirnya menyelesaikan insiden itu selepas berunding dengan wakil dari pejabat Datuk Bandar.
"Kami telah mendirikan enam khemah tetapi mereka kata kami hanya boleh dirikan tiga. Alasan yang diberikan adalah kami harus memohon izin untuk menggunakan kawasan itu," katanya.
Shamsul Iskandar berkata pihak penganjur tidak memohon kebenaran memandangkan mereka dimaklumkan bahawa kawasan itu belum lagi diwartakan sebagai tempat letak kereta yang diuruskan oleh MBMB.
Beliau juga berkata MBMB menolak permohonan penganjur untuk menggunakan kawasan bersebelahan, dengan mendakwa ia akan menghalang jalan masuk utama.
"Tetapi kawasan ini sering digunakan sebagai tapak pasar malam tanpa masalah," katanya.
Malaysiakini difahamkan bahawa pegawai-pegawai MBMB masih berada di kawasasan berkenaan pada sekitar pukul 6 petang.
Bagaimanapun, Shamsul menegaskan bahawa majlis itu akan berjalan seperti dirancang.
Khamis lalu, ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Melaka, Ramlan Meon mendakwa sekumpulan pegawai MBMB adalah antara mereka yang terbabit dalam
serangan terhadapnya.
Satu video juga dimuat naik di YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki memakai kemeja-T BERSATU bertekak dengan pegawai penguatkuasa MBMB, dipercayai tidak berpuas hati dengan arahan menurunkan bendera parti mereka.
Demikianlah Artikel HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka
Sekianlah artikel HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/harapan-mbmb-berbalah-kerana-rumah.html
Related Posts :
AS yakin persempadanan semula untuk menangkan BN akan makan diri
Ho Kit Yen
| January 12, 2018
Pengerusi PAS Kuala Langat dan wakil … Read More...
Zaman Najib lebih baik daripada Mahathir… Read More...
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2018 16:25 MYT Facebook Twitter Email Google whatsapp icon Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru. Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 58 tahun itu ditahan dalam enam serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000. Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling, pasukan polis menahan sepasang kekasih dipercayai dalang utama sindiket itu. Kata beliau, dalam serbuan itu kita berjaya merampas 10.3 kilogram dadah jenis syabu dan 37 biji pil ekstasi. “Siasatan awal mendapati, pasangan kekasih ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Tambah Mohmad, serbuan kedua dijalankan di Jalan Perdana, Pandan Perdana menahan tiga lelaki dan merampas 21 gram dadah jenis ketamin, 79 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji eramin serta tujuh ekstasi. Manakala katanya, serbuan yang ketiga pula di sebuah premis taman Setiawangsa di mana seorang suspek lelaki serta serbuan keempat dilakukan pasukan Sting di Setapak dan operasi terakhir dibuat di Muar, Johor. “Hasil rampasan dadah ini boleh digunakan kira-kira 51,810 penagih. Siasatan awal mendapati, sindiket itu mengedar dadah jenis syabu, ketamin, ganja, eramin 5 dan ekstasi,” katanya. Tambah Mohmad, turut ditemui 50 biji peluru hidup jenis 9mm. dan jumlah sitaan ke atas semua lokasi berjumlah RM2.73 juta. Ujarnya, pihaknya turut merampas pelbagai wang tunai bernilai RM2.1 juta, lapan kereta, lima utas jam tangan berjenama dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan RM2.73 juta. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
MOHMAD (tengah) menunjukkan bungkusan dipercayai mengandungi dadah pada sidang media di sini hari ini. - Gambar Bernama
… Read More...
PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM
Khairil Ashraf
Timbalan Pengerusi Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Azmin Ali, juga tidak tahu tentang kenyataan bersa… Read More...
#MalaysiaMemilih: Hari mengundi 25 Mac ini?Firdaus Azil, Astro Awani
Seperti biasa, semua pihak boleh membuat ramalan dan andaian mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan jangkaan be… Read More...