Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis

Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis
link : Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis

Baca juga


Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah & Zeanaaima Md Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai 'mimpi' yang sama iaitu mahu menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri, kata seorang penganalisis politik.
 
Namun menurut Dr Kamarul Zaman Yusoff, mereka sehingga kini gagal menyatakan pendirian secara jelas dalam membuat keputusan untuk negara sekiranya mereka mentadbir kelak memandangkan kesemuanya mempunyai 'mimpi' yang berbeza-beza.
 
"Parti-parti dalam PH ini sebenarnya tidak mempunyai matlamat yang sama dari segi perjuangan mereka untuk mentadbir negara, macam mana ingin mentadbir negara, siapa yang akan menjadi pemimpin utama dan benda-benda ini yang sampai sekarang pun belum dapat diputuskan dengan jelas.
 
"Contoh terbaru dalam isu pengharaman pesta arak, menampakkan bahawa parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai perjuangan yang sama," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pemimpin utama pembangkang, Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidur sebantal tetapi mempunyai ‘mimpi’ yang berbeza.
 
Justeru beliau mengingatkan rakyat agar berhati-hati dalam membuat pilihan berikutan Pakatan Harapan memiliki ideologi dan agenda yang berbeza sekali gus menyumbang kepada ketidakstabilan negara.
 
Najib berkata memilih PH hanya akan mengundang masalah apabila pemimpin gerakan itu sebelum ini berkali dilaporkan bertelagah mengenai isu-isu semasa.
 
Namun, kenyataan Najib itu tangkas dibidas oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.
 
Menurut Kit Siang, kesemua pemimpin di dalam parti komponen PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu mempunyai mimpi yang sama iaitu untuk menumbangkan Umno dan menjatuhkan Najib.
 
Mengulas lanjut, Kamarul bersetuju dengan kenyataan Najib itu dan tidak menolak kesemua parti di dalam PH itu sememangnya mempunyai kepentingan dan agenda politik masing-masing.
 
"Ini orang tak panggil berkongsi mimpi yang sama tapi 'marrige of convinience' untuk kepentingan masing-masing. Macam tidur semalam sahaja, bila dah dapat keperluan masing-masing, ikut haluan masing-masinglah kemudiannya," ujarnya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis

Sekianlah artikel Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang sama 'mimpi' jatuhkan kerajaan, bukan tadbir negara - Penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/pembangkang-sama-mimpi-jatuhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :