Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaanlink :
Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan
Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan
ARIF ATAN
Kerajaan tidak dapat mengutip cukai daripada pelbagai projek mega pada era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang tidak menguntungkan walaupun membabitkan perbelanjaan besar.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, projek tersebut termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menelan belanja berbilion wang rakyat tetapi tidak menjana pendapatan kepada kerajaan.
"Bila tidak jana pendapatan, kerajaan tidak boleh kutip cukai maka sebab itu kerajaan kena potong peruntukan dan rakyat juga terpaksa menanggung dalam bentuk bayaran cukai-cukai yang lain.
"Cukai dikutip daripada keuntungan bukan daripada perbelanjaan. Orang berbelanja bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) saja tapi syarikat untuk kerajaan dapat hasil pendapatan, syarikat itu mestilah untung baru kerajaan dapat kutip cukai.
"Kalau buat projek besar tapi tidak untung maka sudah tentu ekonomi nampak berkembang, tapi kutipan tidak bertambah malah berkurang," tegasnya pada sidang media di Sungai Besi semalam.
Menurut pengasas Invoke Malaysia itu, nisbah hasil cukai keseluruhan bagi Malaysia berbanding Australia telah berkurangan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2014.
Walaupun ekonomi Malaysia berkembang lebih konsisten berbanding Australia pada kadar pertumbuhan yang lebih tinggi antara empat hingga enam peratus di antara 2010 hingga 2016, jelasnya, pertumbuhan ekonomi yang diuar-uarkan itu sebenarnya tidak menyumbang kepada peningkatan hasil cukai negara.
"Sepatutnya jika ekonomi itu baik dia tumbuh lima hingga enam peratus maka ekonomi tumbuh, syarikat lebih banyak untung, rakyat lebih banyak gaji maka kutipan cukai kerajaan juga keseluruhannya patut naik sama.
"Tetapi, itu tidak berlaku. Nisbah cukai keseluruhan dikutip menurun setiap tahun dari 2014 hingga 2016 (16.2 % kepada 15.6 % ke 15.3 %) walaupun Datuk Seri Najib mendabik dada ekonomi berkembang pesat.
Sehubungan itu, Rafizi berpendapat pertumbuhan ekonomi di negara ini tidak semestinya menjana pendapatan kepada negara.
"Keadaan di Australia adalah sebaliknya. Walaupun ekonomi mereka tidak berkembang sepesat Malaysia, jumlah cukai yang dikutip meningkat naik lebih baik dari kadar perkembangan ekonomi.
"Ekonomi (Australia) berkembang sikit tapi cukai banyak dapat dikutip. Maka, dia boleh banyak berbelanja untuk rakyat.
"Ini bermakna kerajaan Australia terus mendapat hasil cukai yang meningkat yang boleh dibelanjakan kepada rakyat," tambah Rafizi lagi.
Demikianlah Artikel Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan
Sekianlah artikel Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/projek-mega-najib-tidak-jana-pendapatan.html
Related Posts :
4 anggota Search disaman hampir setengah jutaMALAYSIAKINI
Syarikat Afjets Sdn Bhd hari ini memfailkan saman hampir setengah juta ke atas empat anggota kumpulan Search kerana penyataan… Read More...
3 hari lepas Ashura, khutbah selar ratapan Syiah Hari ini, 3:28 petang Hari ini, 3:43 petang AddThis Sharing Buttons Share to Facebook746Share to TwitterShare to cetakShare to Lebih banyak Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ketibaan hari itu. Katanya, dalam perayaan itu, yang sambutan besar-besarannya dibuat di Karbala, Iraq, penganut Syiah akan menyeksa tubuh badan bagi meratapi kematian cucu Nabi Muhammad, Husain bin Ali. “Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. “Perbuatan mungkar ini adalah hanya direka-reka dan bukan daripada ajaran Islam yang sebenarnya, malah ia menyerupai ajaran agama-agama lain,” menurut teks khutbah itu. Tanggal 10 Muharam adalah hari penting bagi pengikut Syiah bagi mengenang kematian Husain – salah seorang imam mereka. Husain meninggal dunia secara tragis dalam peperangan menentang tentera Yazid bin Muawiyah, khalifah Bani Umayyah yang kedua. Jawatankuasa fatwa Selangor mewartakan bahawa fahaman Syiah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar pada 17 Oktober 2013. Rabu lalu, seramai 50 warga Pakistan dipercayai bermazhab Syiah ditahan di Batu Caves, ketika menyertai acara sempena sambutan Hari Ashura.MALAYSIAKINI
Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ke… Read More...
PKR Sarawak nafi tiga ADUN keluar partiANTARAPOS.COM
KUCHING: PKR Sarawak menafikan laporan tiga ADUN-nya akan keluar parti bagi menyertai parti tempatan lain.
&n… Read More...
SPRM tahan suspek kelima kes salah guna dana kerajaan RM3.3 bilionANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan pengarah sebuah agensi k… Read More...
Chegubard terlepas tuduhan anjur himpunan 'Blackout 505'ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badr… Read More...