Judul : Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait
link : Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait
Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait
Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Empat parti politik – DAP, PPBM, PKR dan Amanah – berlagak sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya.
Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah.
Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan.
Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
Ini cuba menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak dipandang tinggi oleh Trump. Malah gelagat Trump berpeluk tubuh mendengar ucapan Najib ditafsirkan sebagai tindakan angkuh dan memandang rendah si pembicara.
Ada yang cuba menyamakan tindakan bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus ketika menyaksikan Presiden Suharto menandantangani perjanjian pinjaman menyelamatkan ekonomi republik itu pada 1998.
Pentafsiran PH itu memang tidak berniat baik. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib perlu merendah diri pada “tuannya” dalam episod berkenaan. Ini dihias pula dengan gambar photoshop di mana Najib mencium tangan Trump tanda akur ketuanan Amerika.
Walhal gambar itu disunting daripada gambar Najib tunduk mencium tangan ibundanya, Toh Puan Rahah Noh. Sesungguhnya ini adalah perbuatan yang jahat, kejam dan jelek. Ini mentaliti PH.
Bagaimanapun kecenderungan PH tidur sebantal dan melayan mimpi politik yang berbeza ini sering membuat pengundi semakin menjauh daripada perjuangannya. Diakui kempen mereka mendapat sambutan tetapi hanya sebagai sesi penglipur lara politik sahaja.
Sebelum ini PH menentukan strategi teras PRU14 ialah mengelakkan pertandingan tiga penjuru. PH mahu bersaing dengan BN sahaja. Jika ada parti ketiga, ia akan memecah undi di sesuatu kawasan berkenaan. Demikian alasan Anwar mahu PAS dirundingi.
Pemikiran Anwar disanggah bukan sahaja parti kerabat PH tetapi ia membelah perpaduan PKR sendiri. Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap idea Anwar ini adalah satu masalah bagi PH; walaupun beliau percaya ia boleh diatasi.
Mahathir tidak mahu menyantuni PAS lantas beliau segera memanfaatkan kedudukannya sebagai Pengerusi untuk memimpin PH membuat ketetapan menolak berunding dengan PAS.
Ini menggirangkan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, William Leong. Sekaligus Anwar sedar bahawa jika tidak ditangani segera, warkahnya yang mengakui menyokong usaha Timbalan Presiden PKR berunding dengan PAS, akan meracik PKR.
Maka usaha menyelamatkan keadaan segera dilakukan. Jika beliau menarik balik mesej warkahnya, tentu itu akan merendahkan persepsi pemimpin PKR dan PH terhadapnya. Maka Anwar perlu melontarkan idea baru bagi memperbaiki imejnya.
Anwar mengutus satu lagi warkah kepada PKR dan PH yang intipatinya mahu fokus diberikan kepada kempen bagaimana ‘salah tadbir’ ekonomi negara perlu dijadikan agenda utama PH demi menokok kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Anwar cuba mengalih pandangan rakyat daripada sisi buruk dan bercelaru PH kepada isu populis yang kononnya mahu membela rakyat yang sedang “dicekik” pengurusan ekonomi Umno-BN yang tempang.
Tingkah Anwar dan Azmin ini dilihat sebagai ikhtiar “memujuk” kerabat PH supaya melupakan usaha mahu membabitkan PAS dalam skim politik PRU14 PH.
Namun ketegaran Mahathir sebagai pengerusi PH, memang sedia difahami Anwar. Ini kerana jika PAS dibabitkan dalam strategi induk ‘satu lawan satu’ PH, sudah tentu peluang bagi PPBM mendapat lebih banyak kerusi untuk ditandingi, akan berkurangan.
Mahathir mahu mencatat impak yang besar dalam PRU14. Beliau mahu PPBM muncul parti pembangkang menang paling banyak kerusi. Justeru ia perlu bertanding seberapa banyak kerusi yang mungkin. Kehadiran PAS dalam congakan PH akan merencat cita-cita ini.
Baik Anwar mahupun penyokongnya dalam Jemaah pembangkang haruslah insaf bahawa selagi beliau masih dipasung penjara, beliau tidak mungkin mampu memimpin PH secara mutlak seperti dalam PRU13 pada 2013.
Tidak mungkin Anwar berpeluang mengepalai pengaturan dan pelaksanaan strategi PH sepenuhnya. Sementara itu, Mahathir akan terus mempengerusikan PH mengikut selera dan kebijaksanaannya. Anwar hanya Ketua Umum yang tiada kuasa khusus.
Demikianlah Artikel Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait
Sekianlah artikel Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Telunjuk Mahathir lurus tapi kelingking tetap berkait dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/telunjuk-mahathir-lurus-tapi-kelingking.html