Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP

Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP
link : Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP

Baca juga


Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP

THE MALASIAN TIMES
 
 
GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini selepas pasukan Liga Super negeri itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus dan saya selaku Presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana yang amat penting selama ini.

Menjelang penutupan tirai musim Liga Malaysia 2017, Pulau Pinang hanya mampu mengumpul 12 mata daripada 21 pelawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga dengan baki satu perlawanan.

Beliau berkata pasukan pengurusan telah melakukan yang terdaya dan yang terbaik untuk pasukan Harimau Kumbang namun nasib tidak menyebelahi Pulau Pinang.

“Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan tetapi keputusannya masih sama,” katanya.

Namun, Zairil berkata beliau bangga dengan program pembangunan akar umbi apabila pasukan bawah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP telah berjaya diwujudkan.

“Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China,” katanya.

Zairil, yang sebelum ini, memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukan, merupakan presiden FAP yang kedua meletak jawatan tahun ini selepas Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff mengundur diri pada awal Januari lepas.–Bernama



Demikianlah Artikel Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP

Sekianlah artikel Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harapan P. Pinang sudah pun pupus: Zairil letak jawatan presiden FAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/harapan-p-pinang-sudah-pun-pupus-zairil.html

Subscribe to receive free email updates: