Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN

Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN
link : Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN

Baca juga


Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN

 
Kata Mahfuz, parti Islam itu kini dilihat bukan merupakan sebuah parti bersama rakyat yang ingin merubah negara kerana hanya mahu bertanding di 40 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Mahfuz-Omar-bendera-pas-ahli

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendirian mana-mana ahli PAS termasuk dirinya tidak perlu keluar parti itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, parti Islam itu kini dilihat bukan merupakan sebuah parti bersama rakyat yang ingin merubah negara kerana hanya mahu bertanding di 40 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Tak keluar parti untuk beri sokongan padu pada Pakatan Harapan sebab Pakatan Harapan sahaja yang tunjuk komitmen untuk perubahan politik dan tidak pada gagasan sejahtera yang diketuai oleh PAS.

“Sebabnya PAS semalam nak sasar 40 kerusi (pada PRU14), jadi PAS tak tunjuk ambil alih nak ambil kuasa dari BN, ia tak tunjuk komitmen PAS nak ubah masalah kos sara hidup.

“Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ambil kuasa, kita tak kena beri sokongan tanpa keluar parti untuk ambil alih kuasa politik nak selesaikan masalah rakyat,” katanya di Konvensyen Nasional 2017 Amanah di sini hari ini.

Selain Mahfuz, 3 pemimpin PAS lain iaitu Adun Anak Bukit-Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Mohd Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan-Kedah) dan Dr Syed Azman (Adun Batu Buruk-Terengganu) turut hadir pada konvensyen hari ini.

Mengulas mengenai kehadirannya, Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS berkata, beliau menerima jemputan daripada Amanah dan kehadirannya bagi menunjukkan sokongan kepada parti berkenaan.

“Saya sebagai rakan lama saya berjuang dulu meraikan mereka, memenuhi jemputan tersebut dari salah 1 parti pembangkang di negara kita.

“Amanah tunjuk komitmen tinggi bersama Pakatan Harapan untuk memastikan kuasa politik dalam negara kita berhadapan PRU depan,” katanya.

Beliau turut menolak parti Islam itu akan mengambil tindakan terhadapnya sekiranya mereka mengamalkan politik matang.

“Dalam politik matang saya kira PAS tidak akan mengabil tindakan kepada saya. Dalam politik baharu kena bina keterbukaan. Mana-mana ahli politik boleh pergi ke majlis politik, tak jadi kesalahan kerana kita kena dokong politik lebih terbuka,” katanya.



Demikianlah Artikel Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN

Sekianlah artikel Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz: Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ganti BN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/mahfuz-rakyat-terbeban-kerana-pas-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :