Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali
link : Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Baca juga


Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Mohd Haizal Yatiran



KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah hari ini membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, Christina Liew yang disifatkan biadap kerana telah memutar belit kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Yang Di Pertua Perkasa Sabah, Datuk Rekan Hussin dalam kenyataan hari ini berkata, Ibrahim Ali tidak pernah sesekali menyebut atau mempromosi Ketuanan Melayu di mana-mana siri ceramahnya di negeri itu.

Sebaliknya menurut beliau, Ibrahim menggesa kaum minoriti di negeri itu supaya bersyukur dengan taraf dan status yang diberikan kepada kumpulan itu dan tidak membuat sebarang permintaan yang melampau.

Gesaan ini tambahnya berikutan kaum pribumi yang juga daripada kumpulan majoriti di negeri itu masih ketinggalan dari segi penjanaan pendapatan dan ekonomi.

“Kenyataan Pengurusi Pakatan Harapan, Christina Liew yang biadap amat mengelirukan. Presiden Perkasa tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu di mana-mana ucapannya di Sabah tetapi menyebut pribumi Sabah mesti bersatu dan jangan bumi milik pribumi dipijak oleh kaum minoriti.

“Perkasa Sabah menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden Perkasa Datuk Dr. Ibrahim Ali yang menggesa kaum minoriti di Sabah perlu bersyukur apa yang mereka ada sekarang.

“Mereka juga tidak patut meminta-minta berlebihan kerana kaum Pribumi yang merupakan kaum majoriti di Sabah masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi. MCA Sabah jangan cuba spin kenyataan Presiden Perkasa kami.”

Justeru, Rekan Hussin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Perkasa di negeri itu lebih memberikan perhatian dalam perjuangan ekonomi dan pendidikan kaum pribumi di Sabah.

Mengenai saranan supaya Perkasa diharamkan di Sabah, beliau berkata, pihaknya juga mahu supaya MCA turut diharamkan di negeri itu kerana parti itu datang daripada Semenanjung dan tidak berjuang untuk kaum majoriti Sabah.

Ia berikutan MCA di negeri itu lantang mengkritik pergerakan PERKASA di Sabah. – MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Sekianlah artikel Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/perkasa-sabah-christina-liew-biadap.html

Subscribe to receive free email updates: