Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri
link : Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Baca juga


Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

 
Remaja terbabit maut akibat dihempap khemah selepas sebatang pokok kelapa sawit yang dikatakan berusia 20 tahun tumbang di majlis kenduri tahlil di Kampung Bukit Chawi di sini semalam.


pokok-tumbang


PARIT: Seorang remaja maut akibat dihempap khemah selepas sebatang pokok kelapa sawit yang dikatakan berusia 20 tahun tumbang di majlis kenduri tahlil di Kampung Bukit Chawi di sini semalam.

Dalam kejadian 2.25 petang itu, Muhamad Khairul Syamril Sauffi, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah dikatakan sedang mengambil makanan.

Dia dihantar ke Klinik Kesihatan Ulu Dedap dan disahkan meninggal dunia. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
 Adik mangsa Mohamad Shahril, 12, berkata dia bersama abangnya serta 2 lagi rakan mereka sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan.

“Tiba-tiba ada pokok kelapa sawit tumbang mengenai khemah lalu menghempap kami, tetapi abang lebih teruk kerana kepalanya terkena pokok dan besi khemah sebelum dia jatuh seperti sedang bersujud.

“Saya hanya mengalami luka kecil, manakala dua lagi rakan kami cedera dan turut dirawat di hospital,” katanya.

Ibu mereka Hafizah Paed, 33, berkata anak sulung dari 6 beradik itu sebelum itu meminta izin untuk pergi ke majlis kenduri tersebut yang tidak jauh dari rumah mereka.

“Memang saya rasa berat hati untuk membenarkan dia pergi kerana ketika itu hari hujan selain tetamu lain sudah pulang. Namun dia nak pergi juga. Saya pesan pada dia supaya cepat pulang,” katanya.



Demikianlah Artikel Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Sekianlah artikel Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/pokok-kelapa-sawit-tumbang-remaja-maut.html

Subscribe to receive free email updates: